Lagi berita Sufiah
Posted on April 7, 2008
Filed Under isu panas |
LONDON: “Saya seperti seorang puteri, umpama aktres Julia Roberts
dalam filem Pretty Woman,†kata Sufiah Yusof, mengenai layanan
terhadapnya oleh mereka yang melanggannya.
Pelajar genius yang
diterima belajar di Universiti Oxford pada usia 13 tahun itu mendakwa,
dengan memperdagangkan tubuhnya dengan bayaran melebihi 1,000 paun
sterling (RM6,373) semalam, dia menikmati hidup penuh glamor yang tidak
pernah diimpikan ketika belajar.
“Pelanggan melayan saya
seperti seorang puteri. Seorang daripada pelanggan dari London pernah
membawa saya membeli-belah di Bond Street. Dia membelikan saya pakaian
jenama Gucci hitam berharga RM4,461 dan kemudian membawa saya ke
Selfridges untuk membeli beg tangan.
“Saya memilih beg Gucci
berharga RM3,824. Seterusnya saya mengenakan pakaian baru dan
memberikan layanan kelas pertama kepadanya. Hakikatnya, saya hidup
dalam dunia penuh glamor,†katanya dalam akhbar News of the World.
|
|
Sufiah, bagaimanapun tidak menganggap pendidikannya dibazirkan,
sebaliknya mendakwa ia menjadikannya lebih matang untuk memberi layanan
terbaik kepada pelanggan.
“Mereka gembira kerana saya mampu memberi rangsangan terbaik untuk
minda dan tubuh mereka. Pengalaman saya tidak dibazirkan. Malah, saya
biasanya membawa kerja rumah atau mengulang kaji sebelum memenuhi
temujanji,†katanya.
Sufiah mendedahkan pengalamannya sebagai
pelacur kelas atasan yang memperoleh pendapatan RM828 sejam sambil
belajar di peringkat sarjana selepas News of the World mendedahkan
kegiatannya itu, minggu lalu.
Apapun, kisah itu amat
menyedihkan bagi seorang pelajar pintar yang lari dari universiti pada
usia 15 tahun kerana tidak lagi mampu bertahan dengan tekanan daripada
bapanya, Farooq Yusof. Farooq pula kini dipenjara lapan tahun selepas
mengaku bersalah mencabul dua remaja perempuan berusia 15 tahun.
Bagi Sufiah, karier barunya itu adalah jawapan kepada masalahnya.
“Ramai menganggap khidmat teman sosial pekerjaan keji tapi tidak bagi
saya. Saya memiliki keinginan seks yang tinggi dan kini saya miliki apa
yang saya inginkan. Hakikatnya, ramai lelaki melayan teman sosial lebih
baik daripada teman wanita mereka.
“Malah, ada antara pelanggan
saya kagum dengan minat saya dalam matematik. Saya pernah melayan
seorang lelaki sambil bercerita mengenai matematik ketika melakukan
seks,†katanya.
Yang penting baginya ialah dia kini boleh hidup mewah.
“Saya kini tidak perlu memikirkan mengenai wang. Saya benci dengan
pandangan masyarakat yang menganggap khidmat teman sosial mengeksploit
wanita kerana ia tidak benar,†katanya.
Semuanya bermula empat
bulan lalu, ketika dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan
pendapatan RM101,976 setahun di Manchester dan memiliki hutang kad
kredit dan sewa bilik tertunggak RM22,307.
Sebaik ditawar
pengurus sebuah agensi teman sosial dengan upah lumayan yang bakal
diperoleh, Sufiah mula tergerak membuat kajiannya sendiri.
“Hidup saya hanya dipenuhi sistem pembelajaran yang begitu ketat dan saya kini ingin berhibur,†katanya.
Sufiah tidak melihat keburukan pelacuran, tapi menganggap dirinya
seperti Belle De Jour, pelacur kelas atasan yang dilakonkan Billie
Piper dalam sebuah drama televisyen.
“Saya sebelum itu sudah
membaca buku Belle De Jour’s Diary of a London Call Girl dan kagum
dengan pengalamannya. Apabila wanita yang berpakaian canggih meminta
saya mempertimbangkan kerja sebagai teman sosial, saya berasa
terpanggil untuk sekurang-kurangnya mengkajinya.
“Sebaik tiba
di rumah, saya menyelidik pelbagai agensi di Internet dan menemui satu
agensi yang kelihatan memiliki pendapatan profesional. Saya menghantar
gambar dan mereka menempatkan gambar saya di laman web,†katanya.
Dua hari selepas itu, Sufiah ditawar pelanggan pertamanya.
“Saya berasa bimbang dan teruja pada masa sama. Saya memakai pakaian
terbaik saya dan bertemu pelanggan saya dalam bar di Hotel Hilton. Saya
jangka dia seorang yang tua, sebaliknya pelanggan pertama saya seorang
lelaki kacak berusia lewat 20-an.
“Hakikatnya, saya pasti
rela melayannya jika dia mendekati saya di sebarang tempat. Tapi, kali
ini saya melakukannya dengan memperoleh bayaran. Saya pulang dengan
RM1,593 di dalam beg tangan pada malam itu,†katanya. — Agensi





Leave a Reply