Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Kesan buruk filem seram dan hantu

Posted on May 13, 2008
Filed Under isu panas |



Ia diakui oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang turut
menganggap ada antara filem hantu tidak menyumbang kepada pembentukan
insan. Malah Islam sendiri tidak menerima apa-apa perkara yang boleh
memperbodohkan masyarakat termasuk juga sesuatu pekara yang divisualkan
dalam filem.

Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh
kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran
mereka.

“Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.

“Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan
dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara boleh menyebabkan
masyarakat terpengaruh dan mempercayainya,” kata Dr. Mohd. Asri ketika
dihubungi Jumaat lalu.

Filem seperti ini kata beliau boleh merosakkan akal disebabkan unsur
serta gambaran yang diperlihatkan mengenai makhluk halus itu adalah
tidak benar.

Maka ujarnya, secara tidak langsung akan lahir masyarakat yang
penakut apabila mereka terlalu dimomokkan dengan filem seperti itu.

“Kita bimbang filem itu mempengaruhi jiwa masyarakat yang akhirnya
menyebabkan mereka akan takut walaupun hendak ke bilik air,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, tidak salah untuk menghasilkan filem seram
asalkan tidak diselitkan dengan unsur khurafat selain perlu
menggambarkan syaitan itu lemah.

Dalam masa yang sama filem hantu yang dihasilkan juga perlu memberi kesan positif agar manusia tidak hilang keyakinan diri.

Mengambil contoh filem Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid,
kata beliau, tema yang dibawa dalam filem tersebut tidak bercanggah
kerana akhir cerita memperlihatkan makhluk halus itu tidak dapat
menguasai manusia.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.