Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Keruntuhan sistem keluarga di Eropah sudah kronik

Posted on May 3, 2008
Filed Under isu panas |





INGIN
TAHU: Penduduk dan wartawan tempatan berkumpul di depan rumah Josef
Fritzl (gambar kecil) tempat dia mengurung anak perempuannya, Elizabeth
selama 24 tahun dan melakukan sumbang mahram sehingga melahirkan tujuh
anak.

Gaya hidup tertutup punca kes bapa kurung, perkosa anak 24 tahun tidak diketahui

AUSTRIA:
Pembongkaran kes seorang bapa sanggup mengurung anak perempuannya di
bilik bawah tanah tanpa tingkap selama 24 tahun dan memperkosanya
sehingga melahirkan tujuh anak Khamis lalu, menimbulkan pelbagai reaksi
di kalangan masyarakat di sini.

Ia juga menimbulkan pertanyaan di kalangan penduduk Amstetten
mengenai gaya hidup tertutup dan terlalu gemar pada kehidupan
persendirian yang mengakibatkan berlakunya kejadian seperti ini.



“Peristiwa ini menunjukkan sistem yang kita
amalkan selama ini tidak boleh diguna pakai,” kata Wolfgang Bachmayer,
seorang pakar runding imej.

“Apa yang diperlukan ialah sebuah masyarakat bertanggungjawab
dan sanggup memainkan peranan secara bersama,” kata Bachmayer, yang
mengetuai Institut Pemasaran Austria.

“Pihak berkuasa boleh melatih anggota mereka untuk memerhati
semua tempat dan mengambil tahu apa yang berlaku di dalam sesebuah
rumah.” katanya.

Polis
mendakwa Josef Fritzl mengakui melakukan perbuatan itu ke atas anak
perempuannya, Elisabeth � kini 42 tahun � yang dikurung ketika dia
berumur 18 tahun, merogol, menjadi bapa kepada tujuh anak dengan
Elisabeth dan memasukkan mayat salah seorang bayi Elisabeth ke dalam
corong api apabila bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.


Pihak berkuasa menyatakan ujian DNA mengesahkan Fritzl adalah
bapa biologikal keenam-enam anak yang masih hidup itu, tiga daripada
mereka hidup sebagai anak angkat Fritzl dan isterinya dan mereka
membesarkan ketiga-tiganya di tingkat atas.

Tiga lagi anak berada dengan Elisabeth, ditemui di bilik
bawah tanah dan tidak pernah melihat cahaya mata hari sehingga usia 19,
18 dan 5 tahun. Akhirnya Sabtu lepas mereka mendapat kebebasan seperti
orang lain.

Seorang penduduk, Maria Scheuch berkata beliau yakin sikap
masyarakat Austria yang tertutup dan hanya ingin mengambil tahu hal
diri sendiri saja, perlu diubah.


“Walaupun
kita mendakwa yang kita mesra kanak-kanak, kita harus juga bertanya
kepada diri kita sendiri, sejauh manakah kita sanggup melakukan
sesuatu,” ujarnya.

Di negara ini, keadaan di mana penduduk di sebuah lorong yang
sama tidak pernah bertegur antara satu sama lain walaupun bertembung di
jalan raya bukan perkara luar biasa. Ia adalah cara kehidupan di
Austria.

Selepas kes berkenaan didedahkan, barulah muncul saksi
mendakwa mereka ternampak atau terdengar aktiviti pelik berlaku pada
kegelapan malam, seperti Fritzl membawa makanan dan minuman yang banyak
masuk ke dalam rumahnya menerusi pintu belakang.

Mengapa mereka tidak menghebahkan perkara ini dulu, tanya
sebahagian besar rakyat Austria kini. “Kejadian ini boleh berlaku di
mana-mana saja tapi kini nama Austria terbabit dan orang akan
menyatakan, Austria adalah bumi yang mempunyai penjara di bawah tanah,”
kata Karin Cwrtila. � AP

sumber: berita harian

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.