Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Kecuaian punca hilang Pulau Batu Putih

Posted on May 26, 2008
Filed Under isu panas |



M’sia ‘cuai’ punca hilang Batu Putih
Muda Mohd Noor | May 26, 08 2:43pm
PAS membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Datuk Syed Hamil
Albar, menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan peguam negara
Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Putih
kepada Singapura.

pulau batu puteh 140508 pulau batu putih

Ketua
penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang membuat laporan
tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Mereka tidak berbuat apa-apa ke atas Singapura ketika republik itu membina bangunan dan rumah api.

“Ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf Singapura sebagai pemilik pulau itu,” katanya kepada Malaysiakini selepas membuat laporan tersebut.

Mazlan
mejelaskan, PAS Johor telah memperjuangkan isu itu sejak 1992 dengan
mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan mengadakan demonstrasi di
jeti Pulau Batu Putih.

Sehubungan itu, beliau menggesa sebuah
tribunal khas untuk menyisat ketiga-tiga tokoh tersebut yang dianggap
“cuai” mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ).

sumber :malaysiakini.com


Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.