Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Jom Boikot Produk keluaran Belanda

Posted on April 1, 2008
Filed Under isu panas |



KUALA LUMPUR, 31 Mac
(Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama
dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan
Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini
melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.

Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu
adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen
Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara
terang-terangan menghina Islam bertajuk ‘Fitna’ menerusi Internet.

“Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam.

“Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit
menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam
dengan bijaksana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang
perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan
elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton,
perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.

Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk
keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan
pengguna mengenalpasti produk tersebut.

“PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu
mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti
dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia,”
katanya.

– BERNAMA

Artikel berkaitan

Comments

2 Responses to “Jom Boikot Produk keluaran Belanda”

  1. lukman on April 2nd, 2008 5:17 am

    Bantah filem. Boikot produk, Tarik video dalam YOU TUBE

    lukman’s last blog post..Bantah “FITNA”

  2. MUZRI on April 4th, 2008 10:11 am

    Kita tiada kekuatan ketenteraan, kita takda kuasa untuk melawan undang2 yang memihak kpd mereka.. tapi kita ada kuasa membeli, kuasa untuk boikot pembelian brg2 mereka.. bila barang jualan tidak dijual, bila lebihan barang dari kilang tidak dijual, tidak ada pasaran.. kejatuhan ekonomi turut berlaku. SENJATA KITA MUDAH, BOIKOT BOIKOT BARANGAN BELANDA

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.