Filem “fitna” hina Islam mula ditayangkan
Posted on March 29, 2008
Filed Under isu panas |
MSTERDAM 28 Mac – Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah
memulakan penayangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik
beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.
Filem 15 minit itu disiarkan dalam satu laman web bermula semalam
dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran
televisyen Belanda.
Amsterdam sebelum ini memberi amaran kepada Wilders bahawa filem
tersebut bakal mencetuskan keganasan di negara Islam seperti yang
berlaku semasa penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W
“Filem itu menyamakan Islam dengan keganasan. Kami menolaknya.
“Kami kesal Wilders tetap menayangkan filem ini. Kami percaya ia
tidak menyumbang apa-apa kecuali kesilapan,†kata Perdana Menteri
Belanda, Jan Peter Balkenende.
Stesen-stesen televisyen di Belanda enggan menyiarkan filem ini dan
Wilders sendiri menghadapi kesukaran mendapatkan platform Internet.
Filem tersebut dilaporkan memaparkan kenyataan dari beberapa ulama
dan petikan ayat-ayat Al-Quran yang berlatarkan imej serangan 11
September 2001, serangan kereta api di Sepanyol pada 2004 dan
pembunuhan pengarah filem Belanda pada 2004.
Filem tersebut dan diakhiri dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang kemudiannya disusuli dengan bunyi koyakan kertas.
Bagaimanapun, reaksi awal terhadap filem ini dianggap dingin.
Yusuf Altuntas dari Kumpulan Penghubung Islam dan Kerajaan berkata,
Wilders “mencari keterbatasan tetapi tidak melanggar garis. Bagi
Wilders ini agak halus.â€
Bagi Maurits Berger, seorang profesor mengenai Islam di Barat di Universiti Leiden, filem ini tidak keras seperti yang dijangka
“Ia hanya siri imej dan foto, tajuk-tajuk berita sejak beberapa tahun lalu yang kita sudah ketahui,†katanya.
Menurut beliau, filem tersebut lebih memaparkan Wilders berbanding mengenai Al-Quran.
“Ia mewakili ketakutan Wilders terhadap Islam,†jelas Berger.
– AP
sumber : utusan online





Leave a Reply