Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress 

Caj ceramah angkasawan: Publik sudah kemuka MOSTI bukti

bPETALING JAYA/b: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) sudah menerima aduan awam berhubung dakwaan bahawa angkasawan
negara Datuk Dr. sheikh Muszaphar Shukor mengenakan caj siri ceramah
sehingga RM8,000 sejam.
pPerkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Sains Teknologi dan
Inovasi, Fadillah Yusof ketika dihubungi oleh mStar Online semalam./p
p“Pihak kami memang ada menerima aduan daripada orang ramai berhubung isu ini (angkasawan)./p
p“Kami tidak boleh dedahkan kepada anda berapa jumlah laporan yang
diterima setakat ini kerana semuanya masih dalam siasatan,” kata beliau
lagi. Menurut Fadillah, kementerian hanya akan memulakan siasatan
berhubung aduan yang diterima daripada orang ramai itu minggu setelah
tempoh dua minggu yang diberikan kepada sebelum ini tamat Jumaat ini./p
p“Kami akan hanya membuka aduan daripada orang awam berhubung isu ini
Isnin hadapan. Selepas itu, barulah kami akan jalankan siasatan lanjut
terhadap aduan-aduan yang telah diterima,” katanya./p
pTambahnya, selepas menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan
dan kenyataan angkasawan yang telah direkodkan sebelum ini barulah
laporan penuh akan dihantar kepada menteri berkenaan./p
p“Saya perlu memperincikan aduan orang ramai yang diterima dan
kenyataan daripada beliau (Sheikh Muszaphar) sebelum ini. Selepas itu
barulah saya akan siapkan laporan penuh untuk diserahkan kepada menteri
terlibat,” katanya./p
pJelas beliau, laporan penuh berhubung isu angkasawan negara ini
dijangka siap sepenuhnya awal bulan depan. “Namun semuanya bergantung
kepada siasatan yang dijalankan jika tiada maklumat tambahan diperlukan
dalam kes ini, ia (laporan) dapat disiapkan cepat,” katanya./p
pSebelum ini Mosti meminta supaya pihak yang mendakwa dikenakan
bayaran dalam siri ceramah angkasawan negara itu supaya tampil
mengemukakan maklumat kepada kementeriannya bagi membantu siasatan./p
pSheikh Muszapar telah pun menegaskan dan menafikan dakwaan bahawa
beliau mengenakan bayaran sehingga RM8,000 sejam untuk berceramah dan
telah mengumpulkan RM1.2 juta hasil siri ceramah sejak setahun lalu.
Angkasawan pertama negara itu juga menafikan telah mengadakan ceramah
membabitkan 150 korporat setakat ini. br //ppbr //ppsumber : mstar onlinebr //p

One Response to “Caj ceramah angkasawan: Publik sudah kemuka MOSTI bukti”

  1. to'ky Says:

    Klud dh butol tu ngaku je ler…

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.