Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Cabul: Polis siasat bekas menteri

Posted on April 23, 2008
Filed Under isu panas |



Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas menteri melakukan jenayah
seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan stesen Sentral
Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata laporan itu dibuat oleh seorang
wanita yang berumur 30-an di ibu pejabat polis daerah Brickfields pada
Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 14 April lalu, mangsa yang juga
pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri
tersebut sebelum mendakwa dicabul, katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis dialog Kelab Rotary bersama Ketua Polis Kuala Lumpur
di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Bernama,
Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri
itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan
tersebut.

Beliau turut menegaskan, polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil bekas menteri terbabit untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanahair.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.

Jika
sabit kesalahan, ahli politik itu boleh dijatuhkan hukuman penjara
maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua
hukuman itu.

sumber :malaysikini.com

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.