Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Rezeki luas bila kita…..

Posted on May 6, 2008
Filed Under ilmu |



Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila
buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan
rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah
nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah,
rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan
datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari
rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa
yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit
pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin
Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat
dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia
nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena
ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak
kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa
lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan
paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita
sendiri tak sangka.


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar
Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan
sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di
yaumil akhirat.”

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di
jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu
membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas).
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan
diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan
dianiaya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis
dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata
kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi
bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish).”

Saya bukan yg terbaik utk
memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa
Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

sumber : kita

Artikel berkaitan

Comments

One Response to “Rezeki luas bila kita…..”

  1. chuckies on May 7th, 2008 6:04 am

    Ya saya setuju dgn pendapat awak. Itu juga berlaku kepada saya. Saya tak pernah lupa bersedekah setiap kalau sembahyang jumaat. Tak kira berapa amount yang saya sedekahkan. Dalam sedar tak sedar tuhan memberikan rezeki kepada saya terutamanya ketika di hujung bulan. Saya sentiasa diberikan jalan untuk mencari wang yang halal. Senang ckp takder laaa terlalu terdesak sgt. Itulah yang saya amalkan sehingga hari ini. Alhamdullilah rezeki saya bertambah.

    chuckies’s last blog post..Earn More Money while Online.

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.