Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Gempa bumi di padang Sumatera

Posted on October 15, 2009
Filed Under hangat |



Semalam saya mendapat khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan saya meminta saya supaya melihat siri waktu gempa bumi yang berlaku dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-quran. Berikut adalah siri waktu gempa bumi yang diberikan oleh beliau:

Gempa bumi yang pertama : jam 17:16 (waktu Indonesia)
Gempa bumi yang kedua    : jam 17:58 (waktu Indonesia)
Gempa bumi yang ketiga    : jam 08:52 (keesokannya) (waktu Indonesia)

Menyedari hakikat itu, di sini saya sertakan terjemahan Ayat-ayat suci Al-quran mengikut siri waktu tersebut.

(A) JAM 17:16

Surah ke 17 (Al-Israa) ayat ke 16, Allah berfirman, maksudnya;

“Bila Kami hendak binasakan suatu negeri, Kami perintahkan orang-orang yang melampaui batas dalam kemewahan (supaya berbuat ketaatan)”, Al-Israa: 16.

(B) JAM 17:58

Surah ke 17 (Al-Israa) ayat ke 58, Allah berfirman, maksudnya;

“Tidak ada sesuatu negeri pun, melainkan Kami musnahkannya sebelum kiamat, atau Kami seksakannya dengan seksaan yang amat pedih. Hal itu sudah tertulis dalam kitab Luh Mahfuz”, Al-Israa: 58

(C) JAM 08:52

Surah ke 8 (Al-Anfaal) ayat ke 52, Allah berfirman, maksudnya:

“Nasib mereka mirip dengan nasib Firaun dan pengikutnya, serta orang sebelumnya, mereka mengingkari Ayat Allah, maka Allah menyeksa kerana dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras seksaanNya”, Al-Anfaal: 52

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, Allah telah memberi peringatan kepada manusia bukan sahaja yang tersurat seperti kejadian gempa bumi itu, bahkan melalui yang tersirat juga, iaitu menerusi siri waktu gempa bumi tersebut. Wallahu a’lam.

penulis tidak dapat mengenalpasti rujukan bagi siri waktu gempa bumi yang kedua tersebut melainkan hanya melalui SMS dari rakan itu sahaja. Sekiranya terdapat kesilapan dalam siri waktu tersebut, penulis memohon maaf. Untuk makluman, siri waktu gempa bumi yang pertama dan ketiga penulis perolehi melalui laman web wikipedia.

Rujukan:

Gempa Bumi Di Sumatera Barat 2009, Available: www.wikipedia.org, Accessed on 8 Oct. 2009.

Mahadi & Azharuddin, 2005, Al-Quran Rasm Uthmani : Bertajwid Dan Disertai    Makna, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur

Artikel ini diambil daripada :megasutra

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.