Si bisu
Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang
perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat
intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip
wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal
siasat si bisu tersebut.
Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya
memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang
tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan,
ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila
dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan
mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah bang…”
———
MORAL: Ramai orang boleh dipercayai, tapi bila soal wang ringgit perlulah berhati-hati..
sumber : megasutra












































