Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Kisah Cikgu Yang Tak Ada Otak

Posted on April 16, 2008
Filed Under cerita |



Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan dan dia pun
berfikir bagaimana nak “brain wash” kanak-kanak di tadika tersebut
supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni.
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak-anak : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika :Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak “brain wash” otak
budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu ada seorang
budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan…

Budak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : Kawan-kawan nampak cikgu tak.
Kawan-kawan : Nampak.
Budak A : Cikgu ada kan?
Kawan-kawan : Ada…

Budak A : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak A : Cikgu ada otak tak?
Kawan-kawan : Tak ada…



Moral of the story
: Bila tak nampak, tak semestinya tak ada!
Sayangilah agama kita dengan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar, kalau tidak
kita, siapa lagi…

sumber :zulkifleesdk

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.