Kisah Telan Dan Menang RM 1 Juta
Posted on February 4, 2008
Filed Under cerita lawak |
Seorang anak telah tertelan duit syiling 10 sen.. lalu dia memberitahu kepada ibunya.. tapi si ibu dengan tenang mengatakan yang syiling tersebut akan keluar sewaktu membuang air besar.
Pada masa si anak ini buang air besar, yang keluar bukan 10 sen tetapi 50 sen. Si ibu pun kehairanan, dia berpikir bila syiling ditelan maka akan keluar lebih banyak. Tanpa pikir panjang.. si ibu pun terus menelan syiling RM 1.00 dengan harapan akan keluar wang kertas yang mempunyai nilai yang lebih besar.
Pada masa membuang air besar, yang keluar adalah sekeping kertas…. Si ibu dengan senyum membuka kertas tersebut untuk melihat nilainya.. lalu dia mendapati ada tulisan berbunyi..
“ANDA BELUM BERUNTUNG.. SILA CUBA LAGI..”
——–
MORAL: Tidak semestinya yang keluar sama banyak dengan yang masuk. Contohnya, gaji masuk RM2,000 tapi belanja keluar RM3,000
Tapi kalau yang masuk sama banyak dengan yang keluar, itu pun masalah juga
Contributed by ireena_muhd





Leave a Reply