Archive for the 'tips' Category

Membuat fuel saver sendiri




Posted on Wednesday, June 18th, 2008
Under: tips | 1 Comment »

Teknik menjimat bahan api




Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan
penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik-2
yang dipanggil “hypermiling” iaitu untuk mengurangkan penggunaan
bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu
isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda
tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak
dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda suapay kenderaan dapat
bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang
lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum
hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak
laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda
kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan
kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit
atau berlopak-lopak.

Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka
mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada
sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak
mencuba?

Posted on Friday, June 13th, 2008
Under: tips | No Comments »

Cara mandikan bayi

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?


KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.




KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata,
terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula
daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makana dan sebagainya.

Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.

SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.



“Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa
cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara
penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.

“Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya
orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali
pusat bayi masih belum tanggal,” jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan
Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Norhayati Ahmad.

Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat
perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk
memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan g infeksi.

Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat.
Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak
diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi
melecur.

NORHAYATI AHMAD



Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian.
Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan
sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan
bayi menurun atau hipotermia.

“Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan
dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi
biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.

“Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain
menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas
dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa
sejuk.

“Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang,” jelas beliau.

SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.



Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi
menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama*
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

LAP badan bayi sehingga kering.



Langkah kedua*
Bersihkan kepala bayi.
Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu
dan gosok kepala bayi dengan lembut.

Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.

BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si kecil.



Langkah ketiga
* Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.

JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.



Langkah keempat*
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat.
Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling
pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.

Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali
pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak
disarankan oleh doktor.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan
baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar
selepas proses mandian.

sumber : kosmo online




Posted on Saturday, April 5th, 2008
Under: tips | No Comments »

10 cari nak romantik

1. Letakkan catatan ‘aku cinta padamu’ di meja makan ketika kamu dan si dia makan bersama.

2. Kirimkan sebuah e-mel pada si dia yang berisi sebuah puisi cinta.

3. Kirimkan kad ucapan cinta pada si dia. lebih romantis lagi andainya kamu melakukanya setiap hari.

4. Kirimkan bunga dengan catatan ringkas ‘aku cinta padamu’.

5. Senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan kemudian serahkan padanya untuk dia membaca sendiri isi hatimu.

6. Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan luahkan perasaan kamu padanya.

7. Biarpun munkin suara kamu agak sumbang namun tidak salahnya kamu menyayikan lagu cinta untuknya …

8. Masakkan makanan kegemaran si dia.

9. Saat menemuinya, berikan senyuman kamu yang paling manis dan tatap matanya dalam-dalam. Biarpun kamu tidak suarakan cinta kamu padanya namun pandangan mata kamu sudah cukup menjelaskan segala-galanya…..

10. Jika kamu dan si dia terpisah jarak, lakukan kunjungan kejutan.

sumber : ainolyaqin

Posted on Monday, March 24th, 2008
Under: tips | No Comments »

Hubungan seks ada pasang surutnya

Bagi yang akan mendirikan rumahtangga, selamat bernikah dan semoga berbahagia berkeluarga hingga ke akhir hayat. Berikut adalah antara petua-petua mengenai alam berumahtangga:

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Posted on Tuesday, March 4th, 2008
Under: tips | No Comments »