Archive for the 'online biz' Category

Mengapa wanita sangat istimewa


Free Web Hosting with Website Builder
Mengapa WANITA sangat Istimewa……

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama
pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh
pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas
makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik
kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis
pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni,
jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska
esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku
dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru
teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2
pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu
ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh
botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm..
besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni
je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la
tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la
yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena
beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi
ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok
settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”

masuk
toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak
tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment
cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..

bukak
almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la,
napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung
elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor
dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah
ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak
mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu
ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni,
senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni
mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak
nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …

ok
dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni
kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers
ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25
hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun
tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya
dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni
dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja
besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring. ..panas pulak lotion
nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih
untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun
bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer
pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar
suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better…
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak,
isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

sumber: dari yahoo groups email santai

Posted on Thursday, September 25th, 2008
Under: online biz | No Comments »

Tips Jimat Elektrik

Free Web Hosting with Website Builder

Tips Jimat Berjimat di musim kenaikan Harga Minyak Petrol. Tips
Penggunaan
Penyaman Udara.

Tahukah anda: Penayaman Udara menggunakan
25% - 35% daripada tenaga elektrik.
Oleh itu amat penting memilih kuasa Penyaman Udara
harus bersesuaiandengan ruang bilik.

1. Pilih Penyaman Udara yang mempunyai kadar kecekapan
tenaga (Energy Efficiency Rating-EER) tertinggi iaitu
menggunakan tenaga lebih rendah.
2. Elakkan meletak pemampat penyaman udara di tempat
yang terdedah cahaya matahari. Letakkan di tempat teduh
agar memudahkan compressor (pemampat) menjalankan
proses kerjanya dengan cepat.
3. Penapis harus diperiksa serta dibersihkan sebulan sekali.
Ianya boleh dilakukan sendiri dengan membuka unit indoor
dan keluarkan penapis, basuh dengan air bersih. Pencuci khas
boleh didapati di pasaraya atau kedai servis aircond.
4. Selain itu anda boleh menanam pokok untuk memberi
teduhan cahaya matahari. Langsir juga bertindak mengawal
kemasukan cahaya dalam bilik. Cahaya matahari panas yang
masuk ke ruang bilik ketika penyaman udara berfungsi akan
melambatkan proses penyejukan.

Jika nak jimat elektrik dengan berkesan dan cekap sila klik sini

Posted on Friday, August 15th, 2008
Under: online biz | No Comments »

Wang cyber gath




Bersama-sama gang2 sekapal


Gambar ramai-ramai


Free Web Hosting with Website Builder

Posted on Sunday, August 3rd, 2008
Under: online biz | 7 Comments »

Peraduan Celcom haram: Mufti Perlis


Cetak

E-mail

Oleh Metro

Khamis, 05 Jun 2008

KANGAR:
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan peraduan ‘100 Hari
100 Kereta’ anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom (M) Bhd (Celcom),
sebagai haram dan perlu dijauhi semua umat Islam.

Pertimbangan itu dibuat Mohd Asri selepas mengambil kira cara
peraduan itu dilaksanakan dan dikendalikan pihak penganjur dengan
menerapkan unsur tidak sihat termasuk perjudian.

Beliau meminta
semua umat Islam di negara ini tidak sekali-kali menyertai peraduan
‘100 Hari 100 Kereta’ terbabit bagi mengelak bukan saja terpedaya,
malah terjerumus kepada satu perbuatan dianggap haram di sisi Islam.

Peraduan
‘100 Hari 100 Kereta’ yang diajurkan khusus kepada pelanggan Celcom itu
berlangsung selama 100 hari bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September
ini dengan menawarkan sebuah kereta Toyota Camry 2.0E sehari kepada
pemenang yang berjaya mengumpul mata tertinggi melalui setiap soalan
yang berjaya.

Bagaimanapun, setiap SMS yang diterima atau dihantar peserta dikenakan caj RM5.

Md
Asri berkata peraduan ‘100 hari 100 Kereta’ itu disifatkan sebagai
perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan
dalam peraduan berkenaan.

Posted on Thursday, June 5th, 2008
Under: online biz | No Comments »

Makanan segera antara punca kegemukan kanak-kanak


MAKANAN segera atau fast food sering menjadi
pilihan kanak-kanak apabila mereka dibawa keluar sama ada untuk
bersiar-siar atau membeli-belah. Pastinya, restoran makanan segera
menjadi pilihan utama, apatah lagi jika set makanan itu turut
menyediakan permainan.

Namun, ibu bapa sepatutnya mendidik dan melatih anak mereka supaya
mengamalkan diet seimbang, iaitu mengambil semua jenis makanan yang
membekalkan karbohidrat, protein, fibre atau serat dan kalsium.

Tidak dinafikan memang sukar bagi ibu bapa mengawal pemakanan anak-anak,
terutama bagi mereka yang berusia di antara lima hingga 10 tahun.

Perunding Pemakanan Mont Kiara Medical City di Kuala Lumpur City Centre,
Farah DiBa Khan, berkata pengambilan makanan segera perlu dihadkan
seminggu sekali kerana ia tidak membekalkan diet seimbang.

Beliau berkata, makanan segera banyak mengandungi lemak dan diet
seumpama itu tidak berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang membesar
kerana dikhuatiri mereka akan mengalami masalah kegemukan pada kemudian
hari.

Makanan segera selalunya tidak mengandungi serat manakala kandungan gula
dan garam pula tinggi.

“Sebaik-baiknya hadkan pengambilan makanan segera seminggu sekali kepada
anak. Sebagai ibu bapa, anda perlu melatih dan mendidik mereka supaya
tidak kerap mengambil makanan segera sejak peringkat awal lagi.

“Memang sukar untuk melatih mereka mengamalkan diet seimbang dan
berkhasiat dan ini mungkin mengambil masa. Selalunya tarikan utama
kanak-kanak terhadap makanan segera adalah permainan yang turut dijual
di dalam setiap set makanan kanak-kanak,” katanya.

Ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini, Farah DiBa berkata, makanan
mempunyai fungsi penting dalam kehidupan dan pertumbuhan setiap
kanak-kanak.

Lazimnya, burger, kerepek kentang, sosej dan nuget ayam sering menjadi
pilihan walhal semua makanan itu boleh dibuat dan dimasak sendiri di
rumah.

“Justeru, jika ada masa terluang, ibu-ibu boleh membuat sendiri burger,
sosej, kerepek kentang dan nuget ayam. Ini jauh lebih baik kerana
selalunya apabila makanan itu dimasak sendiri, tiada bahan pengawet dan
perasa yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata, selain pengambilan makanan segera, ibu bapa juga tidak
berpeluang memantau pengambilan pelbagai jenis makanan yang kurang
berkhasiat pada anak-anak ketika di sekolah.

Kantin sekolah pula selalunya lebih banyak menyediakan makanan bergoreng
dan berlemak dan ini sekali gus menjadikan pengambilan makanan anak-anak
tidak seimbang dan berkhasiat.

“Sebaik-baiknya, sediakan bekalan dari rumah untuk ke sekolah. Ini bukan
saja dapat mengajar anak itu berjimat cermat tetapi mendidik mereka
supaya mengamalkan diet yang lebih baik. Bagaimanapun, seminggu sekali
beri wang saku kepada mereka untuk membolehkan mereka berbelanja di
sekolah pula.

“Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menyediakan bekalan makanan untuk
anak. Pelbagaikan makanan yang dibekalkan, contohnya, sandwic sardin,
pau kukus, sandwic telur, sandwic tuna dan mi goreng.

“Pastikan menu bekalan itu berubah setiap hari kerana dikhuatiri anak
akan cepat bosan jika anda menyediakan makanan yang sama saban hari,”
katanya.

Farah DiBa berkata, anak juga jarang atau sukar mengambil sarapan dan
keadaan ini kadangkala menyebabkan ibu bapa buntu memikirkan makanan
terbaik untuk anak mereka sebelum melangkah ke sekolah.

Jika kanak-kanak kurang selera untuk makan, pastikan mereka minum
segelas susu rendah lemak untuk mengalas perut sebelum ke sekolah. Susu
rendah lemak perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak apabila mereka
berusia lima tahun.

“Apabila anak anda sudah mencapai usia lima tahun, sebaik-baiknya,
perkenalkan kepada mereka makanan dan minuman rendah lemak sebagai satu
daripada langkah mencegah kegemukan.

Berdasarkan kajian, alasan yang sering diberikan kerana mengabaikan
sarapan ialah tidak cukup masa dan kurang selera.

Malah, hanya kira-kira 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah didapati
tidak bersarapan biarpun ia amat penting sebelum memulakan kegiatan
harian.

Farah DiBa berkata, selain mendidik anak terhadap pemakanan seimbang dan
berkhasiat, ibu bapa juga digalakkan supaya mengajar anak-anak mereka
bersenam sejak kecil lagi untuk memastikan mereka tidak mengalami
masalah kesihatan, termasuk kegemukan.

Mengikut kajian, hanya 24 peratus kanak-kanak terbabit dalam kegiatan
fizikal seperti berbasikal, bermain badminton dan berlari.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah 76 peratus daripada mereka
lebih menumpukan perhatian terhadap kegiatan yang tidak memerlukan
pengeluaran peluh seperti menonton televisyen.

Makanan yang sering diambil oleh kanak-kanak untuk sarapan?

- Roti (21 peratus).

- Nasi lemak (15 peratus).

- Nasi goreng (14 peratus).

- Kuih-muih (13 peratus).

- Roti canai (sembilan peratus).

- Mi dan telur (masing-masing lapan peratus).

- Bijirin (tujuh peratus).

- Goreng pisang (tiga peratus).

- Lain-lain (dua peratus).

Farah DiBa berkata, pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak
bersenam adalah dua faktor yang meningkatkan risiko kepada kanak-kanak
untuk berdepan dengan masalah kegemukan selain genetik.

Justeru, beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga
bermasalah kegemukan, perlu memandang berat pengambilan makanan di
kalangan anak mereka sejak dari kecil.

“Ini kerana, katanya, kanak-kanak yang gemuk sejak kecil akan terus
menjadi gemuk apabila dewasa walaupun tidak 100 peratus daripada mereka
akan berterusan berkeadaan begitu. Namun, amat kurang kanak-kanak gemuk
akan menjadi kurus apabila mereka meningkat dewasa,” katanya


Inginkah anda mengetahui rahsia kuruskan badan secara efektif…sila klik disini

Posted on Tuesday, April 29th, 2008
Under: online biz | No Comments »