Archive for the 'Islam' Category

Cara makan mengikut sunnah




Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri
kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan
kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam
Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 ==
99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

-
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah
saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu),
lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah
makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang
sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan
itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion),
ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari
bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain
dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the
first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.
Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma
Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt,
apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum
berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada
haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang
kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya
kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang
belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah
berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini
terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang
manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan
beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat
menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi
apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia
ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi
jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap
menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar
mengenai Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang
kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistandan
Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan
antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Nota: TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA… . BAGUS NI… ” Berbudi selagi perlu, Berukhuwah selagi mampu “

Posted on Thursday, April 3rd, 2008
Under: Islam | No Comments »

Mengenal sistem Khilafah Islam



Tanggal 3 Mac 1924 merupakan satu detik hitam di dalam sejarah umat Islam. Pada tarikh tersebut, Kerajaan Islam ( Daulah Islam ) yang berpusat di Istanbul, Turki ketika itu telah dimansuhkan. Struktur pemerintahan Khilafah telah diganti dengan struktur pemerintahan sekular. Khalifah terakhir, Sultan Abdul Mejid juga dipecat daripada jawatannya.Peristiwa sedih ini bagaimanapun dipandang sepi oleh sebahagian besar kaum muslimin kecuali segelintir ulama yang memahami maksud sebenar pemansuhan tersebut. Pembubaran Sistem Pemerintahan Khilafah bermakna umat Islam tiada lagi tempat bergantung untuk membela nasib mereka. Dalang di sebalik pembubaran ini adalah pakatan jahat di antara agen British, Mustafa Kamal Atarturk dan gerakan Yahudi-Massonary.

Melalui perancangan British, Mustafa Kamal Atarturk telah diangkat sebagai pahlawan oleh golongan muda Turki. Ini menjadikan popularitinya meningkat dan pengaruhnya di dalam dewan Perhimpunan Agung Kebangsaan ( Grand National Assembly). Mustafa Kamal Atarturk kemudiannya dilantik menjadi ketua negara sekular Turki yang pertama. Di antara langkah awalnya ialah menghapuskan imej Islam di dalam sistem pemerintahan, sosial dan tentera. Ia dilakukan atas nama proses permodenan. Kerana itu, para penulis sejarah barat menggelarnya sebagai `Bapa Permodenan Turki’.

Keruntuhan Daulah Khilafah ini harus dilihat melalui perspektif yang menyeluruh. Walaupun gerakan rahsia para mubaligh Kristian telah bermula sejak 1625 M di Lebanon, Ia bukanlah bermakna strategi yang digunakan oleh pihak Kuffar benar-benar berkesan. Mereka pernah gagal di dalam usaha untuk memasukkan sentimen nasionalisme melalui Persatuan Sains dan Kesusasteraan pada 1847 di Syam. Kekuatan dalaman kaum muslimin ketika itu menyebabkan persatuan tersebut tidak mendapat sambutan. Akibatnya ia dibubarkan. Ini menunjukkan bahawa punca keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah semata-mata disebabkan oleh perancangan jahat kuasa kuffar, pemikiran dan sikap kaum muslimin juga memainkan peranan di dalam proses keruntuhan Daulah Islam. Secara umumnya, faktor-faktor yang menyebabkan keruntuhan Daulah Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu; Faktor Dalaman dan Faktor Luaran.

Faktor Dalaman; Sikap berpuas hati di dalam memahami kekuatan mabda’ (Ideologi) dan akidah di kalangan kaum muslimin. Sikap berpuas hati ini akhirnya membuka jalan kepada proses kemunduran mereka. Kaum muslimin tidak lagi menjadikan bahasa arab sebagai bahasa yang agung. Ijtihad tidak dipedulikan lagi. Kelemahan di dalam memahami realiti di kalangan para ulama dan ilmuan sangat jelas sehingga tidak ada lagi penemuan-penemuan baru di dalam hal-hal sains dan teknologi. Maka tidak ada peningkatan di dalam pemikiran kaum muslimin. Kelekaan di kalangan kaum muslimin ini menyebabkan pihak kuffar mengambil kesempatan untuk merosakkan pemikiran mereka.

Faktor Luaran; Perancangan jahat kaum kafir untuk menentang Islam dan kaum muslimin secara berterusan selama berabad-abad lamanya. Sejak dari Perang Salib pada abad ke-12 kaum kuffar mengetahui bahawa selagi kaum muslimin berpegang teguh kepada ajaran Islam, mereka tidak dapat dikalahkan. Sehinggalah kehadiran Napoleon Bonaparte di Mesir. Napoleon telah membuka pintu kepada pencerobohan pemikiran ke atas kaum muslimin. Petikan daripada ucapan Napoleon kepada penduduk Mesir semasa pencerobohannya :

“Wahai penduduk Mesir, telah dikatakan bahawa kehadiran saya adalah untuk menghancurkan agama kamu. Maka ketahuilah bahawa itu adalah tohmahan palsu. Kehadiran saya adalah untuk memulangkan hak kamu yang telah dirampas oleh orang-orang yang zalim. Saya lebih mulia daripada mamluk, saya menyembah Allah, menghormati Nabi-nabinya dan Al Quranul Karim”( Dr Ahmad Al Adawi, di dalam sebuah seminar tentang Al Jabarati di Cairo. 1976).

Setelah itu, Napoleon Bonaparte dengan segera menubuhkan pasukan awam bersenjata di Mesir yang terdiri daripada penduduk yang beragama Kristien. Gerakan ini kemudiannya bertukar kepada gerakan berbentuk pemikiran setelah Daulah Khilafah berjaya mengusir Perancis daripada Mesir pada 1800M

Sejak itu, pihak kuffar seolah-olah telah mendapat petunjuk yang jelas dan mengubah taktik konvensional mereka yang berbentuk peperangan fizikal kepada strategi yang halus, cekap dan berkesan. Mereka terus melakukan pencerobohan ideologi, menanamkan semangat perkauman dan nasionalisme, mengukuhkan agen-agen “Muslim” dan menjajah wilayah-wilayah Islam yang jauh daripada pusat pemerintahan Daulah Khilafah. Taktik terbaru ini terbukti sangat berkesan dengan hancurnya Daulah Khilafah.

Erti Kewujudan Khilafah Islam

Kewujudan Daulah Khilafah adalah sebagai tarekah untuk melaksanankan sistem Islam. Maka dengan keruntuhannya ini mengakibatkan padah yang besar kepada umat Islam iaitu tidak adanya penerapan sistem Islam. Kaum kuffar melalui agen-agennya menggantikan hukum Islam dengan hukum-hukum kufur buatan manusia yang justeru mengakibatkan kemurkaan Allah swt. Allah SWT berfirman:

“Sesiapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (TMQ. Taha 20:124)

Daulah Khilafah juga adalah tariqah untuk menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia menerusi jalan dakwah dan jihad. Kehancuran Daulah Khilafah telah mengakibatkan penyebaran Islam dan futuhat tidak dapat dilakukan. Tambahan lagi, dengan ketiadaan Daulah Khilafah ini telah mempermudahkan bagi kaum kuffar untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat mereka di seluruh dunia Islam.

Daulah Khilafah adalah negara Islam, yang menyatukan kaum muslimin di bawah satu pemerintahan. Di bawah satu pemerintahan ini, Khalifah sebagai pemimpin kepada seluruh kaum muslimin, telah berupaya menghalang pencerobohan yang cuba dilakukan oleh kaum kuffar. Ini dapat dilihat di dalam isu Palestin. Sejak dari hari pembukaannya, Daulah Khilafah telah menjadi pelindung dan menjaga Palestin dari pencerobohan Yahudi. Namun, selepas Daulah Khilafah dimusnahkan, Palestin berjaya diduduki oleh Yahudi. Peranan Daulah Khilafah di dalam menjaga keamanan wilayah-wilayah kaum muslimin yang lain juga tidak boleh dinafikan seperti pengusiran tentera-tentera Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte daripada bumi Mesir pada 1800M, membebaskan Algeria daripada penjajahan Sepanyol dan banyak lagi rekod-rekod mengenai pengusiran kaum kuffar daripada tanah kaum muslimin oleh Daulah Khilafah.Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

“Sesungguhnya imam(Khilafah) itu laksana perisai. Orang-orang berperang dengannya dan dilindungi olehnya”.(HR Muslim)

Oleh kerana itu, mudah untuk kita memahami bahawa sejak keruntuhan Daulah Khilafah, kaum muslimin beserta wilayahnya terpecah kepada negara-negara kecil yang tidak berdaya dan lemah. Ketika ini terdapat lebih daripada 57 buah negara kaum muslimin. Keadaan ini mengakibatkan semangat nasionalisme, rasisme dan patriotisme di kalangan kaum muslimin semakin kuat serta hilangnya tali ukhuwwah sesama kaum muslimin yang merupakan asas penting di dalam Islam. Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu. Oleh kerana itu, sembahlah Aku!” (TMQ. al-Anbiya 21:92)

Dasar `Pisah dan Perintah’ ( Divide and Conquer) yang dilaksanakan oleh kaum kuffar memudahkan mereka menguasai negeri-negeri kaum muslimin. Mereka menempatkan pangkalan-pangkalan ketenteraan di negeri-negeri kaum muslimin yang strategik. Ini dapat dilihat hari ini di mana Amerika misalnya, berjaya menempatkan pangkalan ketenteraannya di Arab Saudi, Afganistan dan yang terbaru adalah di Iraq.

Perpecahan yang berlaku ke atas kaum muslimin memudahkan kaum kuffar untuk masuk dan mempengaruhi suasana politik dan ekonomi negeri-negeri kaum muslimin. Walhal, kebanyakkan kekayaan dunia terletak di dalam negeri-negeri tersebut. Ini menyebabkan berlakulah eksploitasi besar-besaran ke atas kekayaan kaum muslimin. Pengaliran keluar harta kekayaan kaum muslimin ke negara-negara kaum kuffar terus berlaku hingga ke hari ini. Ia mudah dilakukan dengan alasan teknologi kaum muslimin masih daif untuk menjalankan kerja-kerja penggalian. Maka pelbagai syarikat multinasional dibawa masuk untuk menjalankan kerja-kerja carigali. Bahkan syarikat-syarikat ini kemudiannya dianggap telah berjasa kepada negara-negara kaum muslimin.

Keupayaan kaum kuffar mengeksploitasi kekayaan negeri-negeri kaum muslimin ini menyebabkan kedudukan mereka bertambah kuat dan kedudukan kaum muslimin semakin lemah.

Kekuatan kaum kuffar pada ketika ini sukar digugat oleh kaum muslimin. Kaum muslimin sebaliknya berada di dalam keadaan yang sukar. Bahkan nyawa, akidah, harta dan maruah mereka di seluruh dunia hari ini terancam. Peranan Daulah Khilafah sebagai pelindung tidak lagi wujud. Walhal, semasa kewujudan Daulah Khilafah, setiap individu warganegaranya merasa aman dan tenteram. Keluarga, kekayaan, harga diri, maratabat dan kehormatan mereka dijamin oleh negara. Hancurnya Daulah Khilafah bererti membawa kepada apa yang kita sedang saksikan dan rasakan sekarang. Tidak ada keamanan dan keselamatan, malahan yang ada adalah kegelisahan dan ketakutan.

Kekacauan Akibat keTiadaan Khilafah

Kejatuhan Daulah Khilafah telah membuka laluan-laluan kejahatan bagi orang-orang kafir mahupun sebahagian kaum muslimin untuk melakukan kejahatan yang sebelumnya mereka tidak berpeluang. Bagi kuasa kuffar, inilah masanya yang mereka nanti-nantikan. Melalui kekuatan fizikal dan teknologi komunikasi yang mereka miliki dan kuasai, Amerika khususnya membuat pelbagai fitnah dan kekacauan di merata dunia dengan sewenang-wenangnya. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan fizikal dan teknologi komunikasi yang dimiliki oleh Amerika dan kuasa kuffar lainnya merupakan sebab mereka berkuasa di bumi ini. Tidak ada sesiapa yang mampu menghalang kemaraan dan propaganda yang mereka lakukan. Berikut disenaraikan propaganda dan kekacauan yang telah dan sedang dilakukan oleh kaum kuffar ke atas umat Islam.

1 Melabelkan kaum muslim yang ikhlas, dan berkeupayaan untuk mendirikan kehidupan Islam melalui menegakkan kembali Daulah Khilafah sebagai orang jahat yang mesti dikenakan hukuman yang berat.

2 Eksploitasi sumber tenaga manusia umat Islam. Pemuda-pemuda kaum muslimin dipanggil untuk bekerja dalam bidang ketenteraan, polis dan perisikan untuk melindungi rejim penguasa di negeri-negeri kaum muslimin, menjaga sistem kufur yang dilaksanakan ke atas umat dan mengintip tindak-tanduk kaum muslimin dalam urusan seharian.

3 Kaum muslimin ditenggelamkan dengan permasalahan Islam yang dangkal. Mereka disibukkan dengan usaha-usaha yang bersifat menampong kelemahan sistem kuffar dan usaha ini banyak membuang masa, tenaga dan semangat mereka.

4 Menerapkan sistem ekonomi bagi kaum muslimin berdasarkan riba.

5 Melaksanakan sistem pendidikan sesuai dengan sistem pendidikan barat kafir untuk menghancurkan daya fikir dan semangat kaum muslimin yang akhirnya mengarah kepada kehancuran peribadi Islam mereka.

6 Menempatkan Islam sama dengan agama-agama yang lain dalam rangka kesatuan agama atau dialog antara agama.

7 Membahagi-bahagikan tanah kaum muslimin menjadi kepingan-kepingan yang sangat kecil yang disebut sebagai negara, mempropagandakan seruan-seruan nasionalisme yang sempit, kemudian membiarkan pemisahan wilayah-wilayah Islam dari induknya.

Di samping itu, tunduknya penguasa-penguasa Muslim terhadap Amerika dengan penuh ketaatan sebenarnya juga dianggap sebagai satu bentuk kejahatan politik. Tidakkah Zat yang menciptakan mereka dan yang menciptakan Amerika lebih berhak untuk ditaati dan lebih berhak untuk disembah?

Jika kaum muslimin ingin kembali sebagai umat yang mulia, usaha mewujudkan kembali negara Khilafah mesti dilakukan segera tanpa mengira berapa pun kosnya. Matlamat akhir yang hendak dicapai adalah semata-mata kebahagiaan dan kemuliaan serta keredhaanNya.

Posted on Friday, March 21st, 2008
Under: Islam | No Comments »