Archive for the 'firasat' Category

Rahsia Huruf Pertama nama anda


Free Web Hosting with Website Builder

Ilmu ada bermacam-macam. Namun kebiasaannya sesuatu ilmu itu hanya
difahami dengan mendalam oleh yang diberiNya ilmu dalam sesuatu bidang
itu. Ada ilmu yang boleh dibuktikan secara saintifik, ada pula yang
tidak mungkin dapat dibuktikan secara saintifik, atau belum ditemui
caranya bagi membuktikannya secara saintifik. Di ruangan ini saya ingin
kongsikan bersama anda mengenai rahsia-rahsia yang berada pada huruf di
pangkal nama anda. Sebelum ini Megasutra pernah menerbitkan artikel
yang menyentuh hal yang serupa, tapi dalam bahasa Inggeris, kali ini
dalam bahasa Melayu dan eloklah dibaca kedua-dua artikel ini. Catatan
yang ada dalam artikel ini bukan untuk dipercayai 100%. Ia hanyalah
sebagai bahan untuk menambah pengetahuan kita dan kajian selanjutnya:

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah
berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat
bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai
cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai
orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka
juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun
belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip
dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan
berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan
suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak
pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan
sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika
berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita
yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang
tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya
boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah
tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

karya: awekn9

Posted on Tuesday, September 9th, 2008
Under: firasat | No Comments »

Numerologi tarikh lahir anda

Free Web Hosting with Website Builder





Contoh kiraan dari tarikh Lahir

Contoh tarikh Lahir
(27.07.1981)

Sikap & perwatakan (27)
2 + 7
= 9

Visi (27.7.1981)
2 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 1
= 35
= 3+5
= 8

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)
= Sikap + Visi = sifat dalaman
9 + 8
= 17
= 1+7
= 8

————————————

Definisi ringkas.

No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita
boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat
dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar.
Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi
lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara
pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet.
Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa
shj.

No 4 = Rajin
Sikap
rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang
kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas
lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya
boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi
no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain
secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya
seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut
angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap
pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di
sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org
yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg
yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh
mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat
dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org
yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu
mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua
bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu
bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling
bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai
bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour
di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai
bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran,
penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded
style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

———————————-
Dari pakar psikologi & Dr fadhilah kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini


Posted on Saturday, September 6th, 2008
Under: firasat | No Comments »

Rahsia tarikh lahir dan pasangan anda

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda
sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda
akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan
anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah
dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda
adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga
orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga
yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak
kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda
suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.
Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah
seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan
masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri
tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan..
Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua
orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma
Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda
adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan
membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal
anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4

Anda
adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena
berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang
ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah
tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang
yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda
sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang
kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda
suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui
pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda
dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan
datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah
hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda
mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah
sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan
pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang
amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri
sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia
ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda
mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda
adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh
menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia
yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila
usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat
dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5,
6.


Free Web Hosting with Website Builder

Posted on Saturday, September 6th, 2008
Under: firasat | No Comments »

Cara makan membongkar perangai si DIA

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang
tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil
bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha… jangan tak tahu. Gaya
makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar
si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia
makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh
menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :

-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya
itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah
lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri.
Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia
seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal
kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!


Asyik belek makanan :

-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah
makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti.
Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi
pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam
tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius
dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan :

-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat
sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna
kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya
asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan.
Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap
kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya.
Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas
ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak :

-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun
tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak
tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia
marah. ‘Angin satu badan’lah pulak!


Makan sambil kerap tengok jam :

-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan
tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada
date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu
semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.
Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu
dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut :

- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, macam kat cafe….. ,
kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati
kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka
berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan
walaupun kadangkala ia merimaskan kamu. Tapi di sebalik sikapnya itu,
ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu.
Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling
jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci
mata. Nahas u all nanti!

sumber : megasutra oleh zulkifleesdk

Posted on Wednesday, July 23rd, 2008
Under: firasat | No Comments »

Rahsia gerak jari

Memicit atau memegang hidung

* Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
* Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

* Suka ikut kepala sendiri
* Pentingkan diri sendiri
* Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat

Bermain dengan tangannya

* Mempunyai tahap humor yang tinggi
* Pandai berjenaka
* Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati
* Jenis open minded

Mematahkan jari jemarinya

* Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain
* Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit kuku

* Gugup dan gementar bila berbicara
* Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati

Memintal hujung rambut

* Suka berkhayal
* Sukar diperdayakan
* Keras kepala

Menongkat dagu

* Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
* Suka mendengar masalah teman-teman
* Setia dlm persahabatan

Suka letakkan tangan atas meja

* Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
* Peramah
* Suka bergantung pada orang lain

Menggosok 2 telapak tangan

* Ramah dan berfikiran matang
* Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit
* Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu

Memutar cincin

* sangat menepati janji
* berhati-hati dalam tutur kata
* gemar hidup yang teratur

Posted on Friday, May 2nd, 2008
Under: firasat | No Comments »