Archive for the 'Drama dan Sinetron' Category

Drama Jelatang dan Bible…




Oleh Muhammad Ibn ‘Az

Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk ‘Mereka Ingin Meminjam Allah?.”
(InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung
posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang
diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008)
tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak
(menurut isteri saya bernama Salman? jika salah maafkan saya kerana saya
tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping surat dihadapan
seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui apa
ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata
yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu
lelaki tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang
sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di
suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini?
Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan
ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan
memberikan kepadanya kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)
Oleh kerana semasa menulis artikel “Mereka Ingin Meminjam Allah..” saya
menggunakan Tafsir Al-Qur’an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk
dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada
ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah
surah bernama Luke Fasal 11.
Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan
mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar
itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.
Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1
hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan
mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu
para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya
diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada
pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya
diminta.
Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam
berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta
menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus).
Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi
anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.
Luke 11 : 9-12And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and
ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that
asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it
shall be opened . If a son shall ask bread of any of you that is a father,
will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him
a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?
Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan
diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu
akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan
setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya
pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari
padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia
minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam
skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak
untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi
hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan
kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan,
rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung
kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut
hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak
dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible
iaitu surah Luke fasal 11.
Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka
sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di
dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen
televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan
panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara
kita sekarang ini diserang dengan sindrom ‘tidur’. Dari atas sampai ke
bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel
stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang
nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.
Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara
terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana
sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan
senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua
orang Islam, berhati-hatilah kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk
tidak boleh lepas masuk? Sekian ? wallahua’lam?.

Posted on Monday, January 21st, 2008
Under: Drama dan Sinetron | 1 Comment »

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah



saerah

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.

Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.

Posted on Wednesday, September 26th, 2007
Under: Drama dan Sinetron | No Comments »

Sinetron Mutiara hati

Sinetron dari seberang yang cukup merapu dan kurang mendidik.Trend cerita sinetron Indonesia sama sahaja iaitu nak merebut dan merampas harta orang kaya.Yang miskin nak kaya sanggup buat apa sahaja.Ini satu contoh yang tidak baik kepada penonton di Malaysia.Jangan jadi ikutan sehingga melahirkan masyarakat yang tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri.

Sinopsis pendek lebih kurang dibawah ini:

a mengisahkan kehidupan seorang budak berumur 5 tahun iaitu Nabila (Novi Aulia) yang kehilangan ibu kandungnya. Ibu kandungnya sering muncul di dalam mimpi Nabila. Dia dijaga oleh ayahnya, Aji Darmawan (Lucky Hakim), seorang pengurus di syarikat pembinaan. Guru kelas Nabila di tadika ialah Bu Arini (Inneke Kosherawati), seorang guru yang penyayang serta dedikasi terhadap kerjanya. Bu Arini seterusnya menjadi isteri kepada ayah Nabila, Aji Darmawan.
Apakah pandangan anda?




Posted on Saturday, July 7th, 2007
Under: Drama dan Sinetron | No Comments »

Sinetron Bawang Putih dan Bawang Merah

Mengapa sinetron ini mendapat sambutan hangat di Malaysia.Mungkin banyak sebabnya, sehingga kanak-kanak,remaja,dewasa,dan orang tua menyukainya.Apakah daya tarikan sinetron ini? dibandingkan dengan cerita yang lain.Episod sebanyak 108 episod sendiri sudah menceritakan betapa bosannya menontonnya.Tetapi masih ada lagi yang menontonnya.Kenapa yea…mesti ada daya tarikan sendiri.Ada yang kata pelakonnya seksi,cantik, dan lain-lain lagi.
Oleh itu sila beri komentar anda mengapa anda suka menonoton Sinetron Bawang Putih dan Bawang Merah ini?

Posted on Sunday, November 19th, 2006
Under: Drama dan Sinetron | 17 Comments »

Sinopsis Sinetron Bawang Merah dan Bawang Putih

Ramai yang bertanya tentang sinetron ini jalan ceritanya.Saya ambil jalan ceritanya daripada internet.

“Saya tidak menyangka kalau sinetron Bawang Merah - Bawang Putih ini memiliki banyak penggemar di Malaysia. Sehubungan dengan “banyaknya” pemintaan summary cerita sinetron ini , saya akan coba menguraikan sedikit mengenai jalan ceritanya.

Saya sendiri sempat menjadi penonton setia sinetron ini, tapi dikarenakan ceritanya yang terlalu panjang, akhirnya saya sendiri agak bosan. Jika di Malaysia cerita ini sampai pada kejadian dimana mobil pa Indra kecelakaan, mungkin kelanjutan ceritanya kurang lebih seperti berikut:

Selepas kendaraan pa Indra masuk ke sungai, pa Indra tidak meninggal. Tapi hilang ingatan (kalau tidak salah). Yang jelas, mama Rika menemukan seseorang yang sangat mirip dengan dia, sehingga orang itu menyamar menjadi pa Indra. Tentunya dengan tujuan agar harta pa Indra bisa dikuasai oleh mama Rika.

Setelah cerita cukup panjang, akhirnya hal itu pun terbongkar. Saya tidak ingat bagaimana hal itu berakhir, tapi … pada akhirnya, pa Indra (asli) akan meninggal, sehingga akhirnya Alya harus “berjuang” seorang diri.

Benny, sebenarnya dia pada awalnya membantu Alya dengan niat jahat, dari awal memang telah bersekongkol dengan mama Rika untuk merebut harta pa Indra, tapi akhirnya dia sendiri mengkhianati mama Rika, dengan berusaha menguasai harta pa Indra untuk diri sendiri. Mengetahui dirinya dikhianati oleh Benny, akhirnya mama Rika menyandera keluarga Benny. Nah dari sana, saya lupa jalan ceritanya seperti apa, tapi yang jelas, Benny sempat membantu Alya untuk memenjarakan mama Rika.

Mama Rika masuk penjara?!? seingat saya … dia dan Siska sempat keluar masuk penjara beberapa kali, tapi meskipun demikian bukan berarti selama mereka dipenjara penderitaan Alya sedikit berkurang.

Ferdi, masih tetap mencintai Alya, tapi karena campur tangan mama Rika, akhirnya segala kebaikan Ferdy pun disalah artikan oleh Alya, sehingga akhirnya hubungan mereka berdua menjadi renggang. Dan, dengan berbagai muslihat, akhirnya Ferdi “dipaksa” menikah dengan Bawang Merah, dengan maksud “menolong” Alya.

Tokoh “nenek sihir” akan muncul, ia akan membantu mama Rika melawan Peri Pelindung Alya.

Selanjutnya …, kelak akan muncul juga seorang penguam, yang membantu Alya yang akhirnya akan menikah dengan Alya. Dari hubungan mereka (kalau tidak salah) akan lahir seorang anak bernama Haikal (kalau saya tidak salah).

Jalan ceritanya kurang lebih seperti itu. Seperti yang sudah saya katakan sebelumnya, saya tidak banyak mengikuti bagian akhir dari sinetron ini, jadi jikalau ada kesalahan mohon maaf. Tapi, yang jelas film Indonesia itu “selalu” happy ending. Jadi … tak perlu kecewa. ;)

Atau, adakah penonton di Indonesia yang bisa melengkapi cerita saya?

Posted on Thursday, October 12th, 2006
Under: Drama dan Sinetron | 105 Comments »