Archive for the 'cerita lawak' Category

Ayat lepas kahwin..


Free Web Hosting with Website Builder
Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___

Posted on Thursday, August 28th, 2008
Under: cerita lawak | No Comments »

Kisah 4 pengantin kahwin serentak

Free Web Hosting with Website Builder

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anakperempuan yang sangat disayangi
iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk
kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau
Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, ‘nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,
padat dan cepat.’ panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis
‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard
Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang
bertulis ‘Besar, teguh dan peramah’.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan
Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis ‘Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir’ Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’.
Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis
‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya….

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah
risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai
surat dari Suri dengan isi kandungannya ‘AIR ASIA ‘. Bergegas le Mak
Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat
anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau
nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??

‘7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI..

sumber : tanyasifu

Posted on Sunday, August 24th, 2008
Under: cerita lawak | No Comments »

Keajaiban Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL’AZEEM “
Tu la dahsyatnya malam Jumaat..


Free Web Hosting with Website Builder

Posted on Sunday, August 24th, 2008
Under: cerita lawak | No Comments »

Ubah cara hidup apabila minyak naik


PM nak kita ubah cara hidup begini rasanya.

Posted on Saturday, June 7th, 2008
Under: cerita lawak | No Comments »

Lawak Cacing

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Posted on Thursday, May 15th, 2008
Under: cerita lawak | No Comments »