Archive for the 'AF' Category

Stacy juara AF 6




KUALA LUMPUR 24 Mei _ Setelah enam kali Akademi Fantasia (AF)
diadakan sejak tahun 2003, buat pertama kalinya peserta dari Sabah,
Stacy dinobatkan sebagai juara AF 6 yang disiarkan secara langsung dari
Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Dengan kemenangan Stacy atau Stracie Angie Anam, 18, dia
mengekalkan penguasaan pelajar perempuan untuk kali kedua menjuarai AF
selepas Noorsyarmilla Jirin atau Mila pada tahun lalu.

Kemenangan Stacy, pelajar kelahiran Kota Kinabalu sudah dijangka
kerana bermula dari konsert pertama pada 22 Mac lalu hingga kesembilan,
dia sentiasa memberi persembahan bertenaga dan menduduki di tempat yang
selesa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para
penyokongnya.

Stacie yang menyanyikan lagu Atas Nama Cinta (dendangan asal Rossa)
dan sebuah lagu baru, Aku Stacy dengan penuh bangga membawa pulang
hadiah yang bernilai lebih RM700,000.

Hadiah itu berupa sebuah rumah banglo di A’Famosa Villa D’Lagos,
Melaka bernilai RM550,000 dan juga pakej percutian ke Afrika Selatan,
kereta Peugeot 307 XS bernilai RM139,535, wang tunai berjumlah RM25,000
serta sebuah trofi bersalut emas.

Persembahan gadis genit itu juga mendapat reaksi yang positif
daripada tiga pengkritik iaitu Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura dan
Adlin Aman Ramlie.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, atau Riz yang menyampaikan lagu 11 Januari dan Hanya Sandiwara.

Dia memenangi sebuah kereta Naza Bestari bernilai RM68,877, pakej
percutian ke Afrika Selatan, wang tunai berjumlah RM15,000 serta sebuah
trofi.

Sementara itu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahmad, 22,
yang mempersembahkan lagu Bukan Di Sini (dendangan asal kumpulan Sofaz)
dan Ada Untukmu (lagu baru) mendapat tempat ketiga.

Tempat keempat menjadi milik Khairul Nizam Baharom atau Toi dan kelima dimenangi oleh Nadia Haswani Hasnan atau Nadia.

Mereka masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM5,000 dan
RM3,000, pakej pelancongan ke Chiang Mai serta sebuah trofi.

sumber : utusan online

Posted on Saturday, May 24th, 2008
Under: AF | No Comments »

Mama Rina AF6 terkeluar



Mama rina nampak terkeluar daripada persaingan pada minggu ini.

Posted on Saturday, April 26th, 2008
Under: AF | No Comments »

Saida terkeluar AF6


TERCAPAI hasrat Saida untuk pulang berjumpa suami dan anak-anak tercinta.





SUDAH tertulis takdir Saida bukan dilahirkan sebagai juara Akademi Fantasia 6 (AF6). Sejak dari awal lagi, ramai yang membuat rumusan, kemasukan Siti Norsaida Tarudin atau Saida, 32, ke dalam AF6 sekadar satu permainan.

Dari satu sisi lain, terima kasih buat Saida kerana hadirmu di AF6 berjaya mencoretkan satu kelainan. Kelainan nyata bahawa AF kali ini diserikan dengan wajah isteri dan ibu yang sudah beranak empat.

Sayangnya, kelainan sekadar tinggal kenangan. Kehadiran Saida bak
umpan untuk menarik tontonan ramai, malah kemunculannya tiada satu pun
impak yang boleh dibanggakan. Hendak dibandingkan dengan adiknya, Datuk
Siti Nurhaliza, jauh sekali.

Barangkali, itulah yang sebenarnya menjadi agenda utama Astro. Kedatangan Saerah dan Saida ke sesi uji bakat AF6, Januari lalu, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, peluang keemasan itu terus
disambar Astro memandangkan dua beradik ini, Saida dan Saerah awal-awal
lagi bakal meraih tumpuan media dan khalayak.

AKSI gedik Nadia dengan lagu Kalis Rindu benar-benar menjadi dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.



Dari segi suara, sukar dinafikan adik-beradik kepada penyanyi nombor satu negara ini memang dianugerahkan bakat semulajadi.

Tidak adil rasanya menghukum Saida secara luaran. Dia memang boleh menyanyi, tetapi pentas nyanyian dan pertandingan seumpama AF bukan liga untuknya. Okay la tu!

Kelibat Saerah pula sudah terlalu ‘biasa’ di kaca TV. Kalau
diperhatikan, Saerah tidak pernah berhenti harap melantunkan vokalnya
mencuba nasib dalam mana-mana pertandingan yang terdapat di Malaysia.

Umum mengetahui, dia sekadar berhasil menempatkan diri dalam Malaysian Idol dan One In A Million, namun belum ada rezeki yang berpihak buat Saerah untuk dihormati sebagai bintang.

GAYA lincah dan nakal Stacy membuatkan dia ibarat makhluk Tuhan paling seksi dalam akademi.



Dan konsert minggu kelima Sabtu lalu menyaksikan Saida bebas
daripada segala belenggu, tekanan dan tanggungjawabnya sebagai pelajar AF6 setelah meraih undian sistem pesanan ringkas (SMS) terendah .

Bohong kalau Saida dikatakan tidak sedih gara-gara terpaksa menamatkan perjuangan dalam AF6
sekali gus bergelar juara, tapi jauh di sudut hati, Saida gembira
kerana dapat pulang semula di pangkuan suami dan anak-anak tercinta
yang sedia menanti.

Sebagai orang luar yang duduk di kerusi komentar undangan minggu
lalu, Hetty Koes Endang turut merasai perkara sama. Mana mungkin naluri
seorang ibu untuk menidakkan perasaan yang tidak berbelah-bagi terhadap
keluarga.

“Saya kurang mengerti kemasukan golongan ibu dalam program ini.
Biasanya orang yang sudah berkeluarga akan hilang fokus akibat
teringatkan suami dan anak-anak.

“Apa pun saya puji Saida yang terus bertahan hingga minggu kelima
walaupun adakalanya dia hilang tumpuan disebabkan merindukan keluarga.

“Saya lihat suaminya turut memberi sokongan. Itulah yang menyebabkan
Saida ada semangat dan kekuatan,” kata Hetty memberi pandangannya
ketika ditemui sejurus konsert mingguan ke-5 AF6 di Dewan Sivik, Petaling Jaya hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, pendirian Hetty sama dengan pengkritik tetap lain,
Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura yang menganggap Saida berjaya
memperlihatkan persembahan yang baik, cuma emosinya tidak kesampaian.

“Saya setuju dengan komen Ogy dan Ning. Saida menyanyi dengan penuh emosi, malang penjiwaannya kosong.

“Ekspresi Saida memang bagus, cuma dia harus berusaha lebih gigih untuk memantapkan diri,” luahnya tanpa berselindung.

Terus membutir pendapat peribadinya, Hetty menganggap sesebuah pertandingan tidak mengira soal tua atau muda.

MAMA RINA tetap menang di hati peminat.



“Saya tak boleh nak komen lebih-lebih tentang peringkat umur yang masuk AF6 ini.

“Apa yang penting, niat utama peserta adalah ingin menambah ilmu dan pengalaman dalam proses bergelar penyanyi.

“Pada saya kalau orang yang umur dah meningkat, dia akan jadi lebih
matang dan menunjukkan teladan yang baik,” kata Hetty yang popular
dengan lagu Kasih.

Kecelaruan fesyen, pelajar bak badut

Dari awal pelayaran AF6 sejak sebulan lalu, rasanya peminat
dapat menyaksikan sendiri gaya dan busana para pelajar yang
rata-ratanya kurang bersesuaian.

Bagaikan ‘bencana’ besar sehinggakan peserta yang naif dan tidak berdosa ini dilihat tiada identiti serta menjadi mangsa fesyen.

Dari minggu ke minggu, ada yang diperdebat dan dikritik dengan
keras. Bukan sahaja audiens berani membuat penilaian, malah ada
pengkritik yang lantang bersuara tidak menggemari pemakaian sesetengah
peserta AF6 dalam konsert mingguan.

Andai kita perhatikan, sebelum ini Adlin Aman Ramli pernah
mempersoalkan pakaian peserta yang tersingkir dalam minggu empat,
Lufya.

Badi itu bagaikan terus berputar apabila Hetty turut memberikan
komen terhadap kostum pelajar hujung minggu lalu yang disifatkan tidak
mengikut kesesuaian lagu.

NUBHAN dilihat tidak
memahami karakter fesyen dan lagu yang disampaikan. Sekejap macam
Justin Timberlake, sekejap ibarat Izwan Pilus.



Kita tidak boleh meletakkan kesalahan ini kepada peserta. Mereka
hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap konsert. Tentang soal
pakaian, mereka punyai pakar yang akan menentukan baju mana yang sesuai
digayakan.

Barangkali Hetty tidak arif dan kurang mengetahui tentang AF6. Pakaian yang disarungkan di pentas pada konsert sebenarnya disediakan perunding fesyen terkenal, Jasmi Rejab.

Hetty menyarankan agar peserta memakai baju yang sesuai dengan lagu
akan dibawakan kelak. Kalau boleh bincang dengan perunding imej baju
apa yang sesuai digayakan.

“Gaun labuh Saida membuatkan dia kurang selesa menyanyi di pentas,” komennya ringkas.

Mungkin sudah tiba masanya buat Jasmi untuk lebih bijak memilih apa yang perlu disarungkan ke tubuh pelajar-pelajar AF6 yang masih lagi meneruskan perjuangan di minggu ke-6 dan seterusnya.

Jangan sampai nanti pelajar AF6 dianggap sebagai badut yang menjadi eksperimentasi si perekanya.

Apa pun, selepas persembahan pelajar-pelajar AF6 yang sebelum
ini dikritik teruk, persembahan majoriti daripada mereka pada minggu
ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan. Mungkinkah ia
disebabkan pelajar-pelajar AF6 yang lemah telah terkeluar?

sumber : kosmo.com.my




Posted on Monday, April 21st, 2008
Under: AF | No Comments »

Saida AF 6

Nama Penuh : Siti Norsaida Bt Tarudin
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (4 anak)
Umur :32 tahun
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 13 Disember 1976
Tinggi : 5’3”
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi, bersukan

Deskripsi : Ibu muda, yang nampak feminin tapi sebenarnya aktif dalam sukan futsal.

Posted on Thursday, April 3rd, 2008
Under: AF | No Comments »

AF6: Rahsia Saida Tarudin akhirnya terbongkar

KL: Selepas pelajar-pelajar Akademi Fantasia 6
(AF6) diperkenalkan kepada penonton dalam konsert pertama minggu lepas,
maka barulah personaliti mereka mula dikenali oleh peminat dan pengundi.

Bagaimanapun, kemampuan mereka itu belum lagi 100 peratus kerana
lebih banyak penonton akan lihat dan ketahui menerusi laporan diari
harian dan juga Konsert Mingguan setiap Sabtu di Astro Ria.

Kali
ini Murai Batu hendak memaklumkan satu khabar yang Murai Batu dengar.
Ia tentang satu rahsia sensasi mengenai salah seorang pelajar AF6, Nor
Saida Tarudin, 32, yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza.

“Penyakit ini selalu menimpa Saida terutama sepanjang dia membuat
latihan di dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat
apabila Saida muncul di pentas dan menyanyi secara live. Mereka bimbang
kalau-kalau dia terlupa terlupa lirik apabila lemah semangat dan
terlalu gementar berdepan penonton dan pengkritik,” kata satu sumber.

Khabar ini adalah mengenai satu penyakit yang
dialami oleh Saida yang sebenarnya merisaukan dirinya sendiri dan orang
lain di sekeliling. Pada awalnya, Murai Batu hanya dengar-dengar
rahsia daripada orang lain tetapi selepas diimaklumkan oleh mereka yang
rapat dengannya, maka mulalah kita pun turut risau.

Rileks dulu,
korang janganlah panik pula. Sebenarnya penyakit yang dialami Saida itu
tidak ada kena mengena dengan penyakit kronik seperti stroke, darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Sebaliknya, ia adalah penyakit gugup dan gementar Saida yang boleh membuatkan dia mudah terlupa lirik lagu dengan tiba-tiba!

“Penyakit
ini selalu menimpa Saida terutama sepanjang dia membuat latihan di
dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat apabila Saida
muncul di pentas dan menyanyi secara live. Mereka bimbang kalau-kalau
dia terlupa terlupa lirik apabila lemah semangat dan terlalu gementar
berdepan penonton dan pengkritik,” kata satu sumber.

Dalam hal
ini, Murai Batu berharap cikgu-cikgu di AF6 akan cuba membantu Saida
mengatasi masalah ini dan menambahkan rasa keyakinan terhadap diri
sendirinya.

Murai Batu cukup faham tekanan psikologi yang
sedang dialami oleh Saida itu kerana aura Datuk Siti terlalu membayangi
dirinya. Semua orang mengharapkan keajaiban segera berlaku pada Saida
seperti mana Datuk Siti, walhal mereka berdua tidak sama malah
berlainan karektor.

Dengan erti kata lain, Saida sedang berperang
dengan rasa inferiority complex (rendah diri, malu, segan, tidak
yakin) agar dapat menempuh setiap konsert dengan tabah dan menonjolkan
imejnya yang tersendiri.

Moral dalam gosip ini, menjadi kakak
atau adik kepada Datuk Siti Nurhaliza bukan berrmakna mereka juga boleh
dan perlu menyanyi seperti penghibur terkemuka itu. Masing-masing ada
kelemahan dan kelebihan tertentu. Terimalah Saida seadanya…

sumber : murai.com.my dan klpos

Posted on Monday, March 31st, 2008
Under: AF | 2 Comments »