Zarina Zainuddin
Posted on June 17, 2008
Filed Under berita artis |
JIKA satu ketika dahulu episod duka pernah singgah dalam diari
hidupnya namun kini, sinar kebahagiaan sudah pun menghiasi ruang-ruang
hidupnya. Lara satu ketika dahulu yang pernah dialami sudah pun
menghilang dan kini segala penderitaan tersebut telah pun diganti
dengan kebahagiaan.
Apa lagi yang boleh diperkatakan selain syukur ke hadrat Ilahi atas
segala rahmat yang diterimanya kini. Dikurniakan anak-anak dan suami
yang penyayang sudah cukup menggembirakan hati pelakon yang pernah
mencetus kontroversi satu ketika dahulu, Zarina Zainuddin.
Tidak mahu menoleh ke belakang, kini Zarina bangkit mengejar segala
impian yang diminati sejak dahulu lagi. Sementelah anak-anaknya kini
semakin dewasa dan suami juga memberi keizinan membuatkan semangat
Zarina untuk aktif semula dalam bidang seni bercambah.
Lantas satu demi satu tawaran berlakon diterimanya. Namun begitu, setiap kebebasan yang diberi itu ada batasnya.
“Saya terima tawaran berlakon kerana saya minat dan amat sukar untuk
melupakannya. Tambahan pula sekarang suami sudah memberi keizinan dan
peluang tersebut tidak mungkin saya lepaskan.
“Tapi saya perlu tahu batas-batasnya,†katanya ketika ditemui pada
majlis pelancaran drama bersiri Dendam yang akan disiarkan di TV3
bermula 24 Jun ini.
Menyambung perbualan aktres kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini
mengakui, selepas bergelar isteri orang, dirinya lebih dihargai.
“Jika dulu watak yang saya dapat seksi saja. Tapi bila sudah
bergelar isteri orang saya makin dihargai dan dipercayai. Watak-watak
yang ditawarkan semuanya watak yang mampu menguji kemampuan saya
sebagai pelakon. Saya sangat senang dengan situasi sekarang berbanding
ketika saya bujang dulu,†luah ibu kepada empat cahaya mata ini.
Mengambil keputusan untuk semakin aktif sejak tahun lalu, Zarina seakan-akan dapat memahami apa yang bermain di minda khalayak.
Pastinya ramai akan membuat andaian mungkin Zarina aktif semula
dalam bidang seni kerana mempunyai masalah rumah tangga. Tambahan pula,
sejak 16 tahun melayari hidup sebagai isteri orang, dia mengambil
keputusan untuk tidak mendedahkan identiti suaminya.
“Alhamdulillah rumah tangga saya tidak ada masalah. Kami bahagia dan
janganlah ada yang beranggapan kerana mempunyai masalah penyebab saya
mahu aktif dalam bidang lakonan. Itu tidak benar sama sekali dan saya
harap janganlah berfikiran negatif terhadap saya,†terang pengasas
produk kecantikan Adura Cosmetics ini.
Jelas aktres berbintang Capricon ini lagi, ada sebab mengapa identiti suaminya dirahsiakan sehingga kini.
“Saya mahu menjaga hati banyak pihak terutamanya suami dan madu saya. Tapi apa
yang saya lakukan ini bukanlah satu perkara yang salah.
Sekurang-kurangnya saya mahu menggembirakan hati semua pihak,†katanya
yang membawa watak Sarah dalam drama bersiri Dendam itu.
Bercerita lanjut mengenai watak dalam drama bersiri Dendam, jelas
Zarina: “Watak Sarah seorang isteri yang teraniaya. Dia sangka suaminya
jujur tapi rupanya suaminya bermain kayu tiga di belakang dia. Tidak
susah sangat untuk menjiwai bawa watak tersebut.â€
Sibuk dengan produk
Kini hidup anak sulung daripada tujuh beradik
ini semakin sibuk dan terisi. Kata Zarina, sekiranya tidak ada
penggambaran pastinya dia sibuk menguruskan syarikatnya.
“Setiap hari saya akan ke pejabat dan menguruskan sendiri produk
saya. Kalau boleh saya mahu produk ini terus berkembang. Bukannya
senang kita nak yakinkan orang dengan barang-barang kita.
“Malah demi memastikan produk saya ini diterima ramai saya sendiri
akan pergi ke kedai-kedai atau mana-mana lokasi untuk memberi
penerangan kepada orang ramai. Bukan boleh lepas tangan, kalau hendak
harapkan iklan sahaja tidak memadai,†terangnya lagi .
Meskipun penat dengan apa yang dilaluinya kini, namun Zarina berpuas hati dengan hasilnya.
“Penat memang penat tapi bila saya di lokasi sekurang-kurang dapat
bertemu dengan kawan-kawan penat pun hilang. Paling penting segala
tekanan hilang sebab bila di lokasi saja ada kawan-kawan untuk
berbicara dan melupakan segala masalah yang ada,†terang penggemar
muzik R & B ini.
Cerita masyarakat harian
Sementara itu bagi pengarah Dendam,
Adam Hamid berkata, Dendam merupakan sebuah drama yang memaparkan
permasalahan yang melanda masyarakat seharian.
“Dendam ini menonjolkan apa yang berlaku dalam masyarakat kita
seharian. Memang wujud dendam dalam hati kita tapi cara kita membalas
atau membuang dendam itu sahaja berlainan.
“Drama ini merupakan sebuah drama suspen thriller yang membuatkan
para penonton ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. Banyak
adegan cemas yang ada dalam drama ini sewaktu watak utamanya mahu
membuat pembalasan,†katanya.
Namun tegas Adam, drama 26 episod ini tetap mempamerkan elemen-elemen yang baik untuk tontonan umum.
“Walaupun drama ini banyak menyiarkan adegan-adegan membalas
dendam, tapi masih ada lagi elemen positif yang ditonjolkan. Drama ini
diterbitkan untuk tontonan seisi keluarga,†jelasnya lagi.
Selain Zarina Zainuddin, Rima Melati, Noniswara, Kathy Azean dan Aqasha turut membintangi drama bersiri tersebut.
sumber : utusan online





Leave a Reply