Waheeda dah atur langkah berundur
Posted on April 25, 2008
Filed Under berita artis |
|
|
GAMBAR terbaru Waheeda yang dirakamkan semalam.
|
PETALING JAYA - Penyanyi lagu rentak padang pasir, Waheeda mahu
mengundur diri secara ‘berperingkat - peringkat’ daripada dunia seni
bagi mendekatkan diri kepada aktiviti keagamaan.
Malah beliau juga mahu menjadikan bekas pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an, Norkumalasari sebagai contoh.
“Masanya semakin hampir untuk saya melupakan aktiviti seni seperti
bidang lakonan mahupun nyanyian, saya mahu beri lebih masa untuk diri
sendiri,” katanya yang ditemui selepas sidang media sitkom ‘Anak Mami’
di Seri Pentas semalam.
Menurut Waheeda, kesibukan sepanjang penglibatannya dalam dunia seni menyebabkan beliau jarang ada masa untuk diri sendiri.
sumber : kosmo.com.my





Leave a Reply