Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Sophan Sophian meninggal dunia

Posted on May 18, 2008
Filed Under berita artis |



JAKARTA 17 Mei — Bintang filem terkemuka yang juga ahli politik
Indonesia yang turut terkenal di Malaysia, Sophan Sophian (gambar)
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila motosikal berkuasa
tingginya terjerumus ke dalam lubang di sempadan Sragen (Jawa Tengah)
dengan Ngawi (Jawa Timur), pagi ini.

Agensi berita Antara melaporkan Sophan terjatuh lalu motosikalnya
terguling kemudian tubuhnya tertimpa motosikal serta terhantuk batu
jalan mengakibatkan beberapa tulang dadanya patah, paha dan tangannya
juga luka parah.

Berita yang memetik seorang rakan rombongannya menyebut bahawa
Sophan ketika itu mengikuti rangkaian kegiatan memandu motosikal
berkuasa tinggi dengan tema Jalur Kebangkitan yang merupakan satu
kegiatan bagi menyemarakkan sambutan 100 Tahun Kebangkitan Nasional
Indonesia.

Rombongan seramai 270 orang itu bertolak dari Jakarta pada 12 April
menuju Rengas Dengkok, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Rembang, Tuban
dan Surabaya.

Beberapa bandar lain juga disinggahi rombongan itu yang menurut
jadualnya akan mengakhiri perjalanan di Monumen Nasional (Monas) di
sini pada 20 Mei.

Jenazah Sophan akan diterbangkan ke Jakarta petang ini.

— Bernama

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.