Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Siti tidak tolak zuriat tabung uji

Posted on April 13, 2008
Filed Under berita artis |



SITI NURHALIZA



KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara, Datin Seri Siti Nurhaliza
yang kerap ditanya mengenai zuriat, tidak pernah berasa tertekan untuk
segera menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, jika diberi pilihan, Siti, 29, tidak menolak
menggunakan kaedah tabung uji atau persenyawaan in vitro (IVF)
berbanding mengambil anak angkat.

“Mengambil anak angkat tidak salah. Tapi Siti lebih suka usaha
mendapatkan anak sendiri dengan apa cara sekali pun termasuk melalui
proses pensenyawaan bayi tabung uji.

“Asalkan semuanya tidak melanggar hukum Islam,” ujar Siti yang
bagaimanapun menegaskan beliau belum terdesak melakukan kaedah tabung
uji buat masa ini.

Tambah Siti yang menikahi usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 49,
pada 21 Ogos 2006, beliau juga gembira berkongsi kasih dengan empat
anak tirinya hasil perkongsian hidup suaminya dahulu iaitu Mohamed Anas
Zawawi, 21, Mohamed Adib, 16, Mohamed Asyraf, 14, dan Mohamaed Aazief,
10.

sumber: kosmo.com.my

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.