Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Siti ada sebab pindah ke banglo

Posted on May 23, 2008
Filed Under berita artis |



Siti ada sebab pindah ke banglo

BIARLAH orang buat spekulasi. Siti tidak berupaya untuk menghalang orang bercakap apa saja mengenai diri Siti.”Itu
merupakan luahan yang entah berapa kali disuarakan penyanyi Datuk Siti
Nurhaliza merujuk kepada cakap-cakap orang mengenai dirinya.

Menyedari kedudukannya sebagai artis ternama tanah air, Siti hanya mampu untuk membiarkan dirinya menjadi topik perbualan ramai.

Terbaru, isteri kepada usahawan Datuk Khalid Mohammad Jiwa itu
diheret sekali lagi dalam isu kehadirannya sebagai penghuni baru banglo
mewah bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur yang pernah
didiami Khalid dan bekas isteri pertamanya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa Siti sanggup menghuni kediaman itu sehingga menghukumnya sebagai seorang wanita yang zalim.

Hakikatnya, tiada siapa yang cuba memahami kedudukannya sebagai seorang isteri kepada usahawan yang membina rumah itu.

Pada satu pertemuan eksklusif dengan pasangan suami isteri itu di
banglo RM6 juta berkenaan kelmarin, Siti dan Khalid sugul memikirkan
kenapa isu itu terus ditiupkan oleh pihak-pihak yang seperti
mencemburui kebahagiaan mereka berdua.

Bagi Khalid, beliau masih boleh bersabar kerana isu itu agak remeh
kerana sebagai seorang usahawan sudah banyak sepak terajang dalam
bidang perniagaan yang dilaluinya.

Namun melihat kerisauan isteri tercinta, Khalid memohon pengertian
semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak
berasas terhadap mereka berdua.

Kata Khalid, beliau tidak pernah menafikan hakikat banglo itu menyimpan banyak kenangan antaranya dengan Tengku Zawyah.

Pada masa yang sama, Khalid berkata, beliau sangat realistik bahawa pengalaman hidup dengan Tengku Zawyah sudah berlalu.

Sementelah Khalid pula kini sudah mempunyai kehidupannya sendiri, begitu juga dengan bekas isterinya.

Dan beberapa bulan lalu, Tengku Zawyah juga ujar Khalid, memilih untuk berpindah dari mendiami kediaman itu ke rumah lain.

“Oleh kerana dua orang anak kami tidak tinggal di banglo itu kerana
belajar di luar negara dan seorang lagi di asrama, maka Tengku Zawyah
merasakan dia kurang selesa untuk tinggal di rumah sebesar itu.

“Jadi, dia membuat keputusan untuk berpindah dan saya harus
menghormati keputusan yang dibuatnya,” terang Khalid menafikan dakwaan
kononnya beliau punca bekas isterinya itu membawa diri keluar dari
banglo yang merupakan harta sepencarian mereka sebelum bercerai pada
2005.

Khalid juga memberitahu, segala urusan perpindahan Tengku Zawyah dilakukan secara baik antara kedua-dua pihak.

“Daripada membiarkan rumah itu kosong, saya bawa Siti tinggal bersama saya. Kebetulan juga, ayah dan ibu saya menetap di situ.

“Di banglo ini juga, ayah saya yang sedang uzur ditempatkan. Saya
mahu sentiasa bersama ayah saya, menjaga dia dan memastikan dia
mendapat rawatan yang baik.

“Begitu juga dengan ibu. Saya tidak mahu berjauhan daripada mereka terutamanya pada saat-saat ini,” jelas Khalid lagi.

Ayahnya, Mohamad Jiwa Abdullah, 78, yang uzur kini dijaga oleh beliau selepas sekian lama menghidap penyakit strok.

Pada masa yang sama, Khalid juga berjanji akan menyerahkan banglo
berkenaan kepada salah seorang anaknya apabila sampai masanya kelak.

Lalu, soal Khalid lagi, apakah menjadi kesalahan baginya membawa isterinya menetap di banglo itu.

“Saya sangat hairan kenapa masih ada orang mahu kecoh mengenai isu
ini. Saya mohon pengertian semua orang agar memberi ruang kepada saya
dan Siti untuk menguruskan kehidupan kami,” pinta Khalid berkali-kali.

Menurut Khalid, beliau sangat menghargai kesudian Siti untuk menetap
di banglo itu biarpun ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap mereka.

Sementara itu, Siti pula dalam reaksinya memberitahu, sebagai
seorang isteri, dia akan mengikut apa sahaja kehendak suami khususnya
terhadap perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada rumah tangga
mereka.

“Siti juga ada perasaan, ada rasa tanggungjawab. Ini keputusan yang
suami buat, mahu atau tidak, Siti harus ikut. Janganlah buat dakwaan
sesuka hati,” kata penyanyi itu lagi.

Bagaimanapun, Siti secara peribadi mengakui, dia lebih senang untuk
tinggal di kondominium mewah di Jalan Ampang yang selama ini
didiaminya, namun Siti harus akur dengan keputusan suaminya itu.

“Tetapi sesekali kami balik juga ke kondominium yang kami tinggal
sebelum ini,” sambung penyanyi yang kini semakin popular dengan lagu Melawan Kesepian ini lagi.

Paling utama kata Siti, selain daripada undangan daripada suami,
hatinya juga terbuka untuk menetap di banglo berkenaan kerana
menghormati ibu dan ayah mertuanya yang juga menetap di sana.

“Siti sangat gembira dan begitu selesa kerana ibu dan ayah mertua juga sama-sama menetap di sana.

“Sekurang-kurangnya, Siti juga berpeluang untuk menjaga kebajikan mereka berdua,” katanya lagi.

Khalid dan Siti mengharapkan penjelasan ini akan menoktahkan segala
pandangan kurang enak sebilangan masyarakat yang barangkali kurang
mengerti kedudukan mereka.

sumber : utusan online

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.