Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Noraniza Idris bercerai sekali lagi

Posted on September 12, 2008
Filed Under berita artis |



Sebaliknya, menurut Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani,
dia rela mendedahkan status terkininya atas permintaan anak sulungnya
Mohd Alif Haikal, 19 serta tidak mahu disalah anggap dan menipu diri
sendiri jika dia terus ‘berlakon’ seolah-olah masih bergelar isteri
seseorang.

“Kalau ikutkan hati Kak Ani, memang Kak Ani ingin
merahsiakannya daripada pengetahuan semua pihak. Maklumlah, ini adalah
perceraian kedua Kak Ani dan Kak Ani tak mahu orang salah anggap dan
menuduh Kak Ani yang bukan-bukan.

“Apabila orang lihat kita bercerai dua kali, mesti orang akan
kata Kak Ani yang salah. Perkara seperti inilah yang menakutkan Kak
Ani.

Noraniza

“Namun,
selepas anak Kak Ani menasihatkan Kak Ani supaya berterus terang sambil
memberikan alasan yang wajar, barulah Kak Ani dapat kekuatan untuk
menghebahkannya kepada media. Lagipun, sampai bila Kak Ani harus menipu
masyarakat lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini,” tutur
si pelantun Awallah Dondang ketika ditemui pada majlis menandatangani
perjanjian persefahaman kerjasama antara Pro Sinar Management Sdn Bhd
dan Noraniza Idris Productions Sdn Bhd (NIP) di De Palma Hotels,
Ampang, petang kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk
Razali Mohd Daud, Pengerusi Pro Sinar Event Management Sdn Bhd, Datuk
Mohd Jafri Din, Ahli Lembaga Pengarah Pro Sinar Event Management Sdn
Bhd, Ghazali Datuk Abd Hamid serta tiga orang cahaya matanya, Alif
Haikal, Alfee Haikal dan anak angkatnya, Roziana Teng.

Tutup mulut punca perceraian

BERKONGSI perasaan apabila terpaksa meleraikan ikatan
perkahwinan yang dibina tidak sampai usia setahun itu, Noraniza berkata
dia pasrah atas ketentuan Tuhan. Biarpun bukan lagi bergelar suami
namun menurut penyanyi kelahiran Kluang, Johor ini aib orang haruslah
dijaga dan dia tidak akan sesekali mendedahkan punca sebenar perceraian
mereka.

PENGUAT SEMANGAT: Noraniza bersama cahaya matanya, Alif, Roziana dan Alfee.

“Kak
Ani sendiri tidak tahu bagaimana hendak menilai perkahwinan kami
ini.Sama ada bahagia atau derita, amat payah untuk ditafsirkan. Cuma
apa yang boleh Kak Ani katakan, perkahwinan kali ini memberikan tekanan
buat Kak Ani apatah lagi apabila ia membabitkan kehidupan bermadu.
Jadi, apabila kita merasakan impian yang kita inginkan dalam
perkahwinan itu bagai tidak kesampaian, lebih baik Kak Ani mengundurkan
diri.

‘Mungkin ini adalah dugaan Tuhan buat Kak Ani kerana sebelum
ini Kak Ani pernah melafazkan untuk tidak mahu mengahwini suami orang.
Malangnya, apa yang kita cuba tolak, itulah yang datang menghampiri
kita. Dan tidak mahu jiwa Kak Ani terus kacau, lalu dengan hati yang
nekad, Kak Ani buat keputusan untuk berpisah dengannya.

“Keputusan itu sebenarnya tidak buat dengan terburu-buru.Kak
Ani buat sembahyang hajat dan berwirid.Dan selepas sebulan 15 hari
kemudiannya, barulah Kak Ani mendapat petunjuk dari Allah SWT.

“Dalam doa Kak Ani, Kak Ani minta kalau betul ada keikhlasan
dalam hubungan itu, teruskanlah dan andai sebaliknya, Kak Ani rela
mengundurkan diri,” dedah Noraniza sambil memaklumkan keputusan itu
juga dibuat atas pandangan anak dan saudara terdekatnya sendiri.

Suami berat hati untuk bercerai

DITANYA bagaimanakah penerimaan bekas suami apabila dia sendiri
yang meminta untuk dilepaskan, Noraniza berkata talak tetap dilepaskan
walaupun hatinya berat untuk berbuat demikian.

“Memang sukar untuk dia melepaskan Kak Ani tetapi hendak buat
macam mana, mungkin jodoh kami sudah tersurat hanya setakat ini. Tapi
kami bercerai secara baik dan kami masih lagi berhubungan sehingga
kini,” ujar Kak Ani yang kini sudah pun tamat tempoh edahnya.

Bukan mudah untuk melayari hidup sebagai seorang ibu tunggal
dan andai tidak punya semangat kuat, pasti bakal berdepan dengan dugaan
yang boleh memusnahkan kehidupan.

“Setakat ini, syukur Alhamdulillah, Kak Ani kuat untuk
menghadapinya lebih-lebih lagi dengan sokongan keluarga dan anak-anak.
Ini berbeza sewaktu perceraian kali pertama dulu di mana Kak Ani
betul-betul tidak dapat menerima hakikat perceraian itu.

“Siang malam Kak Ani meratapi perpisahan itu sehingga
menjejaskan kerjaya. Tetapi sekarang, dengan kematangan usia serta Kak
Ani banyak bercampur gaul dengan mereka yang warak, sedikit sebanyak
Kak Ani sudah boleh menerima takdir yang disuratkan Tuhan terhadap
hambanya,” jelasnya.

Diusik dengan pertanyaan apakah pintu hatinya masih terbuka
untuk menerima kehadiran lelaki bergelar suami, pantas dia menjawab,
fokusnya kini hanyalah untuk kerjaya.

“Bukan kerana serik atau menyesal tetapi Kak Ani ingin lebih
memberikan tumpuan kepada kerja kerana banyak projek Kak Ani akan
menyusul selepas ini,” tuturnya yang menyimpul penuh makna.

INFO:

  • Pernah mendirikan rumah tangga kira-kira 18 tahun
    lalu dengan Mohd Fauzi Tajuddin (Fareez), 42. Bagaimanapun, mereka
    bercerai apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkannya
    pada 4 Mei 2006.

  • Hasil perkongsian hidup selama tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki Alif Haikal, 19, dan Alfee Haikal, 15.
  • Noraniza kini menumpukan perhatian kepada perniagaan berkaitan pelancongan
  • Semakin jelita dengan imej bertudung yang sememangnya
    menjadi impian Noraniza untuk tampil dengan imej sebegitu ketika usia
    mencecah angka 40

  • Turut merakamkan sebuah single hari raya berjudul Cinta Lebaran bersama kumpulan Akasia.

sumber : berita harian online

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.