Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Mawi dan Ekin nak kahwin!!!

Posted on April 2, 2008
Filed Under berita artis |





TIADA RAHSIA: Reaksi Ikin dan Mawi sewaktu soal jawab dengan wartawan.

Pengakuan Mawi melegakan Ekin sekali gus mengesahkan status hubungan mereka

KETIKA hendak berucap selepas menerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian
(ABPBH2007), Mawi dengan nada bersahaja meminta Fauziah Datuk Ahmad
Daud mewakilkan dirinya mengucapkan terima kasih kepada Ikin, kerana
menjadi antara orang penting di belakang kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya serahkan kepada akak (Ogy) mewakili saja…” kata Mawi
menjawab usikan Ogy dan Raja Azura kenapa nama Ikin tidak ada dalam
senarai untuk disebut ketika diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.



Memang Mawi kelihatan malu-malu untuk menyebut
nama Ikin secara terbuka dalam sebuah majlis yang disiarkan secara
langsung oleh TV3 ini. Realitinya, dalam majlis minum petang di Genting
Highlands juga, beberapa jam sebelum acara kemuncak ABPBH 2007
berlangsung, penyanyi itu mengaku Ekin ialah wanita istimewa yang
bertakhta di sanubarinya.

Kata Mawi, dia menyukai Ikin kerana perangainya yang ‘gila-gila’, sikapnya yang matang serta keserasian mereka sebagai teman.

Pengakuan itu akhirnya memuktamadkan hubungan antara Mawi
dengan Ikin. Ikin yang hadir sama di majlis ini, berkata, dia tidak
pernah menafikan atau mengesahkan kepada mana-mana wartawan setiap kali
ditanya mengenai corak hubungan mereka.

sumber : berita harian

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.