Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Marion Cotillard pecah rekod oscar

Posted on March 1, 2008
Filed Under berita artis |



MARION COTILLARD.



“SAYA tidak mampu berkata apa-apa. Terima kasih kehidupan, terima kasih kasih sayang. Benar rupanya ada bidadari di bandar ini. Terima kasih banyak-banyak.”Itu kata-kata yang terlahir dari mulut mungil Marion Cotillard sewaktu menyampaikan ucapannya selepas menggenggam Oscar yang dimenanginya menerusi kategori Aktres Terbaik pada malam Anugerah Academy, Ahad lalu.

Mungkin terlalu sedikit yang diketahui tentang Cotillard kecuali sebagai pendukung watak penyanyi Edith Piaf untuk filem La Vie En Rose yang diwakilinya itu.

Mungkin juga kerana dia menjadi wanita kedua dalam sejarah yang memenangi kategori itu pada anugerah tersebut menerusi filem bukan berbahasa Inggeris selepas kemenangan aktres Itali, Sophia Loren pada 1962.

Namun Cotillard mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi yang pertama dan satu-satunya pemenang pada Anugerah Academy untuk filem berbahasa Perancis dan walaupun kategori itu pernah dimenangi aktres Perancis, Simone Signoret pada 1959 namun menerusi filem berbahasa Inggeris, Room at the Top.

Pasti sahaja kemenangan itu membuatkan Cotillard, 32, merasai satu kegembiraan yang tidak terungkapkan kerana ia bukan sahaja mengiktiraf bakatnya di Hollywood tetapi juga menaikkan profilnya di dunia perfileman antarabangsa.

Namun siapa sebenarnya wanita yang bernama Marion Cotillard ini?

Dilahirkan di Paris pada September 1975 dan dibesarkan di sekitar Orleans, Loiret dalam keluarga seni, ibu bapanya merupakan pelakon berbakat.

Bapanya, Jean-Claude Cotillard juga merupakan pengajar, bekas pelakon mimos (pengajuk) dan pernah memenangi kerusi pengarah terbaik pada Anugerah Moliere, 2006 manakala ibunya Niseem Theillaud selain seorang pelakon merupakan seorang guru drama.

Mempunyai sepasang adik kembar seiras, Quentin dan Guillaume, Quentin merupakan seorang pengarca dan pelukis yang kini tinggal di San Francisco, California bersama isterinya yang berketurunan Irish-Amerika, Elaine O’Malley Cotillard, seorang bekas penari balet kebangsaaan Belanda dan kini pereka fesyen. Guillaume pula seorang penulis.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.