Lan Pet Pet kahwin dah

Free Web Hosting with Website Builder

“Saya dah penat membujang kerana umur saya pun dah 39 tahun… kalau boleh saya nak kahwin tahun ini juga!”.
Oh Itu kata Lan Pet Pet beberapa bulan yang lalu. Kemudian, Lan buat
keputusan senyap-senyap tanpa bagi tau kawan-kawannya yang dia akan
kawin. Kejutan kononnya tetapi itulah, Lan Pet Pet tidak mahu
membesarkan benda-benda personal sebegini.

Berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Alor Star, Kedah, jam 10 pagi, majlis itu dihadiri oleh famili terdekat.

Mahathir berkata, perkenalan Lan dengan Rubytah, seorang ejen
insurans terjalin sejak lima tahun lalu dan mereka mengambil keputusan
untuk menamatkan hubungan ke jenjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.

Akhirnya, Lan Pet Pet telah pun selamat diijabkabulkan dengan
pasangannya Ruby Che Wan pada 20 Ogos lalu. Tahniah, bro. Kahwin jugak
akhirnya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu ya!


Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan
Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang
perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini
hari ini.

Dengan empat kali lafaz, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39,
sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua
mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah
Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik
Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan
keluarga kedua- dua pihak.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang
hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000
beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah
al-Quran.

sumber : budi

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.