Britney Ingin Memeluk Islam?
Posted on April 5, 2008
Filed Under berita artis |

LOS ANGELES, 16 JAN 2008:
Salah satu azam Britney untuk 2008 adalah cuba berbaik-baik dangan
golongan paparazzi. Lebih dari itu, berita yang Murai Batu dengar,
Britney yang menjadi perhatian setiap paparazzi sepanjang tahun 2007
kerana sikapnya yang liar dan tidak terkawal itu, sudah membuat
keputusan untuk berkawan dengan seorang paparazzi bernama Adnan Ghalib
kelahiran Maghribi.
Apakah motif sebenar Britney?
Cerita yang Murai Batu dengar, baru-baru ini, kerana terlalu
taksubkan jejaka berkenaan, Britney yang baru kembali dari bercuti di
Mexico dengan lelaki itu, didapati memakai baju kahwin yang pernah
dipakainya pada 2004 ketika pernikahannya bersama bekas suaminya, Kevin
Federline (K.Fed).
Adakah itu bermakna, Britney sudah menjadi isteri kepada Adnan?
Kalau tidak, manakan boleh dia berpakaian sedemikian di hadapan
khalayak?
Bukan itu saja, malah kecoh di laman web, blog dan media
antarabangsa yang mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam,
selain berusaha untuk mendapatkan seorang lagi anak. Adakah benar atau
hanya permainan gimik?
Lebih awal daripada itu, sehari sebelum penyanyi yang popular dengan lagu Gimme More
itu dikejar ke hospital pada 4 Januari lalu, beliau telah meninggalkan
satu nota yang telah dijumpai oleh pengawal peribadinya.
Antara kandungan nota tersebut adalah seperti pelbagai alasan
mengapa dia sudah tidak layak untuk hidup lagi, termasuklah juga
beberapa puisi berkaitan kematian. Britney turut mengatakan bahawa,
kehidupannya sudah tidak bermakna lagi.
Selain itu juga, Britney turut mangadu bahawa hidupnya kini
sering dibelenggu kesunyian dan penuh dengan ketidakadilan. Tulisnya
dalam nota berkenaan, satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk
dirinya adalah dengan meninggalkan dunia ini.
sumber : murai





Leave a Reply