Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Bintang filem Harry Potter mati ditikam

Posted on May 26, 2008
Filed Under berita artis |








Oleh Kosmo, Agensi

Isnin, 26 Mei 2008

BINTANG
filem Harry Potter And The Half-Blood Prince, Robert Knox mati ditikam
kerana cuba untuk melindungi adik lelakinya dalam satu pergaduhan di
luar sebuah bar di Britain kelmarin.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam pergaduhan itu, Knox yang
berumur 18 tahun mempertahankan adik lelakinya yang berumur 16 tahun,
Jamie selepas mereka dan sekumpulan rakan bergaduh dengan seorang
penyerang di dalam sebuah bar.

“Jamie menyanjung adik lelakinya. Mereka melakukan pelbagai perbuatan secara bersama,” kata seorang rakan kepada Knox.

GAMBAR ini menunjukkan Knox (kanan) dengan ibunya dan adiknya, Jamie.

Kedua-dua
beradik itu cukup rapat dan Jamie melihat abangnya itu berlakon dalam
filem Harry Potter And The Half-Blood Prince pada dua minggu lalu di
set penggambaran.

Dalam filem yang akan ditayangkan pada
November depan itu, Knox memegang watak sebagai seorang pelajar, Marcus
Belby dan sebelum ini dia pernah membintangi beberapa drama televisyen
di Britain seperti The Bill dan Tonight With Trevor McDonald.

Seorang
rakan Knox, Tarik Ozresberoglu menceritakan ibu aktor itu, Sally
bergegas ke tempat kejadian sebelum ketibaan sebuah ambulans dan
menangis melihat anaknya itu.

Scoot Shoter yang merupakan seorang
lagi rakan Knox turut mendedahkan bahawa dia meriba aktor itu sebelum
Sally tiba dan merayu kepadanya supaya terus hidup.

Pembunuhan
itu berlaku di luar bar Metro di Sidcup dan ia terjadi dua minggu
selepas leher seorang lagi remaja, Jimmy Mizen yang berumur 16 tahun
dikelar tidak jauh dari bar Metro.

ENICE



Secara kebetulan, Knox dan Mizen bermain untuk pasukan ragbi kelab Sidcup.

Menurut
saksi, Jamie itu terlibat dalam serangan itu selepas seorang lelaki
menuduh salah seorang rakan Knox mencuri telefon bimbit.

Seorang
saksi, Lee Howard yang melihat pergaduhan itu berkata: “Kami berada di
dalam bar apabila perbualan mula menyentuh mengenai seseorang sedang
datang dengan membawa pisau.

“Kami memberitahu beberapa pengawal upahan di pintu bar tetapi mereka menyatakan tidak perlu berasa bimbang.

“Kemudian
dua lelaki berkulit hitam menaiki kereta Audi A3. Pengawal pengawal itu
tidak memeriksa mereka sebelum dibenarkan masuk.

“Salah seorang daripada lelaki berkulit hitam itu pergi ke arah Jamie dan menyatakan dia akan mengelar lehernya,” katanya.

Menurut
Howard, lelaki itu membaling kerusi ke arah Jamie dan pergaduhan besar
berlaku. Kami cuba untuk merampas pisau daripadanya.

“Ia kemudian
merebak ke luar bar. Kami bergegas untuk menangkap seorang lelaki di
belukar tetapi dia mengeluarkan sebilah pisau,” katanya.

Howard berkata, terdapat enam orang cedera ditikam oleh lelaki itu manakala seorang lagi rakannya melarikan diri.

Seorang
lagi rakan Knox yang cedera ditikam, Tom Hopkins yang menjadi pemain
bola sepak untuk pasukan remaja Southend United berkata, dia berjaya
menjatuhkan lelaki itu di luar bar dengan bantuan seorang lagi rakan.

Dia kemudian bergelut dengan lelaki itu selama beberapa minit sebelum polis datang.

“Knox
cuba untuk membantu. Saya merampas pisau lelaki itu, saya tidak
mengetahui bahawa dia ada sebilah pisau lagi. Keadaan menjadi kelam
kabut,” tambahnya.

Salah seorang rakan adik aktor itu, Dean Saunders ditikam tiga kali dan kini dirawat di sebuah hospital.

Seorang lelaki Carl Bishop, 21, ditangkap di tempat kejadian dan disyaki membunuh dan kini ditahan polis.

Bekas kekasih Knox, Elice Buck berasa sedih dengan kematian aktor itu.


BEBERAPA remaja meletakkan kalungan bunga di lokasi pembunuhan Knox di Sidcup, Britain.



“Saya menangis dan menangis selepas mendapat panggilan telefon.

“Saya
seolah-olah tidak percaya bahawa saya tidak akan melihatnya lagi. Saya
tidak dapat lagi melihat senyuman dan suaranya,” kata Enice.

Pembunuhan
itu adalah kali ke-14 berlaku di kalangan remaja di Britain sepanjang
tahun ini. Setakat ini, ahli-ahli politik dan aktivis hak asasi bimbang
mengenai kejadian pembunuhan melibatkan golongan remaja. – Agensi

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.