Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Betulkah Beego seorang gay?

Posted on May 21, 2008
Filed Under berita artis |



BEEGO berharap masih ada sinar dalam hubungan dengan isteri tercinta.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Barangkali, pepatah tersebut sesuai digambarkan kepada pelakon yang popular menerusi sitcom Puteri ini. Tiada yang lebih memilukan hati lelaki ini apabila rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu berdepan dengan ujian getir.

Sebagai lelaki, Beego sedaya upaya mahu perkahwinan yang dibina atas nama hubungan cinta lebih sembilan tahun itu dapat diselamatkan.

Meskipun isterinya Intan Shahira Mohd. Shahru telah pun menfailkan tuntutan fasakh di mahkamah, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan semuanya akan kembali baik seperti sedia kala.

Mengakui apa yang berlaku satu ujian oleh Yang Maha Esa ke atas dirinya, namun pemilik nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah semakin mengerti apa sedang dialami itu mengajarnya erti sebuah kematangan.

“Apa yang berlaku mengajar saya untuk lebih matang dan menjadi lelaki sejati. Lelaki diturunkan di bumi untuk menjadi khalifah dan khalifah tidak menangis untuk seorang perempuan tetapi hanya menangis untuk Tuhan.

“Ayat ini yang saya pegang dan memberi kekuatan kepada saya,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran slot Akasia baru berjudul Ezora di ibu kota baru-baru ini.

Namun dengan jujur Beego memberitahu, bukan mudah untuk dia menerima apa yang menimpanya.

“Tidak sangka akan berlaku semua ini. Tidak ada petanda atau apa tiba-tiba terus jadi macam ini. Memang pada mulanya saya tak mampu menangani dugaan ini. Sebulan saya melarikan diri dari keluarga saya dan rakan-rakan.

“Saya mencari ketenangan diri sehinggakan ahli keluarga saya mencari saya. Mak saya menemui saya dan membawa saya pulang ke rumah,” katanya dalam nada sedih.

Keperitan yang dialami oleh Beego jelas kelihatan tatkala dia bercerita, nyata cintanya pada Intan begitu menebal.

Meneruskan bicara, tutur Beego: “Saya sedih sangat-sangat setelah tidak lagi bersama. Lebih menyedihkan lagi apabila saya terfikir saya akan kehilangan orang yang saya sayang.”

Pasrah dengan apa yang berlaku

Kini jejaka berusia 28 tahun ini semakin dapat menerima hakikat dan kenyataan yang bakal berlaku kelak.

Tidak menyesali jauh sekali berdendam dengan Intan jelas Beego: “Dia cinta pertama saya. Pelbagai cabaran saya hadapi untuk memiliki dia. Malah kami pernah bertahan lebih empat tahun menjalinkan perhubungan jarak jauh sewaktu dia melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Kami berjaya bertahan jadi saya rasa kasih sayang kami cukup kuat. Tapi apa yang telah berlaku ini memang sesuatu di luar dugaan,” katanya menyambung perbualan.

Sambil mengimbas percintaannya yang penuh berliku terang Beego, dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan padanya untuk meneruskan hidup.

“Keluarga dan rakan-rakan tunjang kekuatan saya. Tanpa mereka tak mungkin saya dapat bangun semula. Tapi apa yang telah berlaku ini sekurang-kurangnya ada hikmah tersembunyi.

“Saya merajuk dan mahu berehat panjang dari kerjaya saya. Tapi setelah menerima tawaran daripada Ahmad Idham saya tidak mahu menolak hanya kerana masalah peribadi saya. Saya tidak boleh menyusahkan semua pihak,” jelas Beego dengan tenang.

Bukan gay

Dalam pada itu, gosip yang semakin kencang bertiup tentang punca permasalahannya bersama Intan berpunca dari dirinya yang dikatakan seorang gay.

Khabarnya Intan telah menemui beberapa bukti mengesahkan Beego merupakan seorang yang mengamalkan hubungan songsang tersebut.

Menggeleng kepala sambil mengucap panjang, beritahu Beego: “Perkara tersebut tidak benar sama sekali. Sumpah demi Allah dia tak jumpa apa-apa pun. Dia tidak ada bukti untuk membuktikan saya ini seorang homoseksual.

“Dalam banyak-banyak tuduhan saya rasa tuduhan inilah yang paling kelakar pernah menimpa saya. Banyak sangat spekulasi yang timbul mendorong ia menjadi satu fitnah kepada saya,” ujarnya dengan sedih.

Bagaimanapun, Beego tidak menolak andaian spekulasi itu tercetus hanya kerana dia mempunyai hubungan akrab dengan beberapa rakan artis lelaki.

“Memang saya pernah dengar isu ini. Tetapi, saya masih waras dan masih tahu batas-batas kehidupan saya sebagai seorang Islam.

“Saya tidak mampu mengelak orang ramai untuk bercakap apa sahaja mengenai diri saya.

“Yang pasti saya tidak akan mudah tunduk dengan dakwaan yang tidak berasas seperti itu,” kata Beego mempertahankan dirinya.

Biar apa juga yang bakal berlaku kelak, Beego sudah bersiap sedia dengan segala qada dan qadar yang telah ditentukan Ilahi terhadap perjalanan hidupnya.

Sebagai umat Islam, Beego percaya pada kebesaran kuasa Allah dan dia juga optimis ada cahaya yang menanti di penghujung kesedihannya kelak.

sumber : utusan online

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.