Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Bekas anggota A to Z meninggal dunia..al fatihah

Posted on April 24, 2008
Filed Under berita artis |



Tak sempat bina sekolah pondok


KUALA KEDAH: “Dia (arwah) sudah meninjau kawasan untuk mendirikan
sekolah pondok itu, tetapi saya tidak pasti bila dia akan membina
sekolah berkenaan kerana dia hanya memaklumkan perkara itu kepada ibu.

“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila dia meninggal
dunia pagi tadi (semalam) dan kami sekeluarga reda kerana dia pergi
dengan tenang,” kata Zailiawati Zainon, 32, adik perempuan kepada bekas
anggota kumpulan A to Z, Affendey Zainon, 39, atau lebih dikenali
sebagai Fendi yang meninggal dunia akibat diserang strok selepas
menjalani rawatan tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini,
semalam.

Beliau ketika ditemui di rumah mereka di Taman
Harapan, dekat sini, semalam berkata, abangnya menghembuskan nafas
terakhir di sisi ibunya, Siti Norma Md Akhir, 58, dan bapanya, Zainon
Cha, 58, kira-kira jam 9.30 pagi, semalam di hospital berkenaan.

Kira-kira 200 orang hadir termasuk saudara-mara, kenalan dan peminat
untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya di rumah keluarga
Allahyarham di Taman Harapan.


Zailiawati berkata, abang sulungnya itu diserang strok sejak
Disember tahun lalu dan sejak itu arwah tidak berselera makan sehingga
menyebabkan berat badannya semakin susut.

Katanya, pada Ahad lalu, abangnya mengadu sesak nafas dan dia
kemudian membawa abangnya ke HSB untuk mendapatkan rawatan kerana
bimbang dengan keadaannya yang tidak bermaya.

Beliau berkata,
abangnya hanya sempat menyertai kumpulan A to Z dua tahun dan berhenti
dari dunia hiburan untuk menyertai kumpulan tabligh.

Katanya, abangnya pernah menyatakan hasrat membina sekolah pondok di Langkawi untuk mengajar tabligh kepada pelajar baru.

Zailiawati berkata, abangnya yang masih bujang itu masih menyimpan
Anugerah Emas platinum yang pernah diperolehnya ketika menjadi artis
serta majalah lama yang masih disimpan.

Jenazahnya dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kedah, selepas solat Asar, petang
semalam selepas dituntut keluarganya dari hospital, semalam.

Fendi menganggotai kumpulan A to Z pada 1995 bersama Lan dan Jeff,
tetapi hanya sempat merakam dua album bersama kumpulan itu yang popular
dengan lagu Berdendang dan Itik Gembo-Gembo serta mengambil keputusan
bersara dari dunia artis dua tahun selepas itu.

Seorang peminat
kumpulan itu, Jasni Ariffin, 38, berkata dia terkejut apabila
dimaklumkan berita mengenai artis kesayangannya kerana tidak pernah
menyangka dia sakit.

“Saya terkejut dengan berita kematiannya
walaupun dia sudah lama menyepikan diri dari dunia hiburan dan saya
langsung tidak menyangka dia diserang strok sejak Disember lalu.

“Bagaimanapun, saya berharap rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang mukmin,” katanya.

sumber : Harian Metro

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.