Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Artis pun mencuri

Posted on February 16, 2008
Filed Under berita artis |



Pelakon Hollywood Bai Ling ditahan curi barang RM51

BAI LING.



LOS ANGELES 15 Feb. – Artis terkenal Hollywood yang berasal dari China, Bai Ling (gambar) ditahan oleh pihak berkuasa kerana dipercayai mencuri dua naskhah majalah dan beberapa peket bateri di sebuah kedai cenderamata di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, semalam.

Ling yang sebelum ini pernah muncul dalam filem The Crow dan Red Corner terus ditahan sebaik sahaja keluar dari kedai itu tanpa membayar barangan yang diambilnya itu.

Jurucakap Polis Lapangan Terbang itu, Jim Holcomb berkata, kesemua barang yang dicuri oleh artis itu hanya bernilai AS$16 (kira-kira RM51) dan dijangka akan disebut kesnya pada 5 Mei ini.

Sementara dalam catatan blog peribadinya, ditunjukkan gambar artis yang berusia 37 tahun ini sedang berdiri di luar Terminal Penerbangan Tenggara di Lapangan Terbang itu kelmarin tanpa menyebut mengenai sebarang penahanan beliau itu.

Beliau yang dilahirkan di Chendu China sebelum ini muncul dalam filem-filem keluaran China dan pertama kali muncul di Hollywood pada 1990-an dengan membintangi filem The Crow.

Beliau kemudiannya berlakon di samping aktor Richard Gere dalam filem Red Corner pada 1997 dan turut membintangi siri popular Lost.

– Reuters

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.