AC Mizal anak empat
Posted on June 29, 2008
Filed Under berita artis |
Memang anak saya empat – AC Mizal
![]() |
AC Mizal sekarang ini bahagia bersama Emylia dan dua anak hasil perkahwinan mereka. |
Anak AC kesemuanya empat orang. Kenapa selalu bercakap merujuk kepada dua orang sahaja?
Memang saya ada empat orang anak. Malah umum pun sudah tahu dalam
perkahwinan terdahulu saya sudah ada dua anak. Tetapi apabila saya
bercakap dalam keadaan ketika itu yang merujuk kepada keluarga saya
sekarang, saya beritahulah anak saya dua. Saya perlu jaga hati isteri
saya sekarang dan keluarganya.
Nafkah? Khabarnya AC mengabaikan tanggungjawab tersebut dan membiarkan anak-anak yang bersama Syafnie hidup dalam kesempitan?
Saya ada bukti memberikan mereka nafkah yang disalurkan menerusi
akaun bank. Saya tidak akan sesekali mengabaikan mereka kerana mereka
adalah anak-anak saya. Saya menyimpan segala resit-resit pembiayaan
kewangan itu. Saya terkejut macam mana boleh timbul cerita ini?
Sebenarnya saya malas nak bagi komen tetapi disebabkan hal ini
berlarutan, saya terpaksa jelaskan perkara sebenar. Sebelum ini ada
wartawan pernah tanya saya soalan yang sama dan apabila saya tunjukkan
resit-resit dia terkejut. Kalau nak ikutkan, saya boleh saman orang
yang membuat dakwaan tak benar tentang perkara itu.
AC juga dikatakan sudah lama tidak menjenguk dua anak AC itu. Kenapa?
Nak jenguk macam mana kalau saya sendiri tidak diberitahu di mana
mereka tinggal. Percaya atau tidak saya dan Emy (Emylia) pernah belikan
telefon bimbit untuk membolehkan saya menghubungi mereka. Tetapi
akhirnya nombor yang dibelikan itu tiada dalam talian. Macam mana saya
nak cari mereka kalau telefon yang diberi sudah tidak aktif lagi?
Memang betul sudah dua tahun saya tak jumpa mereka sebab orang yang
menjaga mereka tidak memaklumkan di mana mereka berada sekarang ini.
Nombor telefon saya tak pernah tukar. Mustahil kalau saya susah untuk
dihubungi
Baik atau tidak hubungan dengan bekas isteri?
Saya tak pernah jumpa dia. Kalau boleh saya pun tak nak jumpa dia
sebab kami masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Dia pun
pernah kahwin lain tetapi sudah bercerai. Itu yang saya tahulah.
Sekarang ini orang nampak seolah-olah AC yang tidak bertanggungjawab. Apa komen AC?
Hidup ini mudah saja. Kalau kita buat jahat dengan orang, hidup kita
tak akan senang. Tetapi syukurlah hari ini kehidupan saya sudah
berubah. Tuhan memberikan apa yang saya nak. Saya bahagia mendapat
isteri seperti Emy. Selepas berkahwin dengannya, dia banyak membawa
perubahan kepada saya selepas dia menjadi pengurus.
Bagaimana hubungan Emy dengan anak-anak AC yang bersama Syafnie?
Anak-anak saya sebelum ini memang rapat dengan Emy. Emy pun
sayangkan mereka kerana dia sukakan budak-budak. Malah rumah baru kami
di Taman Kosas, Ampang ada satu bilik khas untuk anak-anak saya atas
ilham Emy sendiri. Memang kami buat bilik itu untuk mereka tetapi apa
nak buat, saya tak tahu di mana mereka dibawa pergi?
Macam mana sebelum ini AC berjumpa anak-anak?
Setiap hari Sabtu dan Ahad saya akan mengambil anak-anak saya.
Mereka tinggal dengan datuk mereka (bapa Syafnie) di Kajang. Setiap
kali hendak hantar mereka pulang, saya terlalu sedih apabila anak-anak
saya tidak mahu melepaskan tangan untuk berpisah dengan saya. Tapi apa
boleh buat keadaan memaksa jadi begini. Sekarang mereka tak tinggal di
situ lagi.
Apa yang AC harapkan sekiranya bekas isteri membaca keluhan ini?
Saya harap mereka yang berkenaan dapat menghubungi saya untuk saya
berjumpa dengan anak-anak saya. Sebagai bapa saya tak nafikan memang
merindui mereka.
Anak-anak AC membesar tanpa perhatian bapa kandungnya. Tak terfikir perkara itu?
Memang saya terfikir tetapi dah tak boleh nak jumpa apa boleh saya
buat? Saya juga terfikir mereka juga akan membesar dan meneruskan
persekolahan. Tentu sahaja orang akan bercakap mengenai saya. Saya
kasihankan mereka kerana mereka tidak bersalah dan tak tahu apa-apa.
Mengenai kerjaya sekarang, apa yang AC buat selepas tamat program Akademi Fantasia Keenam (AF6)?
Alhamdulillah kerana saya banyak mendapat rezeki untuk majlis makan
malam tertentu. Saya pun dalam usaha untuk terbitkan beberapa buah
drama melalui syarikat baru saya D&F Production Sdn. Bhd. Bulan
Oktober nanti saya akan berlakon dalam filem My Spy berganding dengan
Saleh Yaacob. Syukurlah, Tuhan membuka rezeki kepada saya.
sumber: utusan online






Leave a Reply