Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Video: Salman Rushdie Dihasuti Syaitan

Posted on February 1, 2008
Filed Under Agama |



Sukar untuk kita menafikan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa ternanti-nanti munculnya orang-orang (yang mengaku) Islam yang memburuk-burukkan dan menghina agama Islam. Musuh-musuh Islam amat gembira jika ada orang-orang seperti ini dan tidak akan keberatan untuk melindunginya dan menghadiahkannya ganjaran wang yang banyak serta pengiktirafan yang berbentuk keduniaan.

Satu ketika dulu muncul Salman Rushdie yang menuduh bahawa Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu dari syaitan. Hal ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam seluruh dunia hinggakan kerajaan Iran telah menawarkan ganjaran wang yang besar bagi sesiapa yang berjaya membunuh Salman Rushdie. Namun apa yang dapat kita lihat ialah Salman Rushdie telah dilindungi oleh Britain dan telahpun diberikan ganjaran kewangan yang cukup banyak atas penulisannya itu, tentunya kerana mereka fikir bahawa Salman Rushdie “telah berjaya” menghina Islam.

Namun ramai orang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya apa yang terkandung dalam buku The Satanic Verses karangan Salman Rushdie itu dipenuhi oleh penghinaan-penghinaan terhadap pemimpin Britain sendiri, dan beliau telah menggunakan istilah-istilah yang amat biadap bukan saja ke atas junjungan kita Muhammad s.a.w. tetapi juga kepada berbagai pihak yang lain termasuklah kerajaan Britain. Itulah yang menghairankan. Tidak mungkin pihak penapis buku di sana terlepas pandang terhadap semua itu sebelum menentukan layak atau tidaknya Salman Rushdie menerima anugerah kewangan yang amat lumayan itu.

Pada hemat saya, inilah antara tanda-tanda jelas bahawa mereka itu kesemuanya mempunyai niat yang serong terhadap Islam, hinggakan Allah “membutakan mata dan mata hati” mereka untuk membezakan yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Saya ingin kongsikan pautan video bagaimana Syeikh Ahmed Deedat (seorang pendakwah Islam yang tersohor) telah membongkar keburukan perangai Salman Rushdie bila menulis The Satanic Verses. Walaupun video ini sudah lama (kini Syeikh Ahmed Deedat telah pulang ke rahmatullah) saya fikir ianya boleh menjadi bahan renungan untuk kita semua mengenai bagaimanakah sebenarnya musuh-musuh Islam ini “busuk hati” terhadap Islam.

Sila klik pada pautan-pautan berikut:

01) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (01-12)
02) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (02-12)
03) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (03-12)
04) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (04-12)
05) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (05-12)
06) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (06-12)
07) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (07-12)
08) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (08-12)
09) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (09-12)
10) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (10-12)
11) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (11-12)
12) How Rushdie Fooled The West - by Sheikh Ahmed Deedat (12-12)

Ada banyak pengajaran hasil menonton video ini. Pada hemat saya, sepatutnya umat Islam bangkit dan menggunakan kemudahan video seperti YouTube ini untuk memberikan gambaran yang positif tentang Islam, dan menjadikan video sebagai bahan dakwah ke seluruh dunia. Janganlah pula kita (umat Islam) penuhi YouTube dengan bahan-bahan yang sia-sia atau hanya hiburan yang melalaikan. Jangan sesekali menghantar video yang memberikan gambaran yang negatif terhadap umat Islam sendiri. Berjuanglah untuk memertabatkan Islam di mata dunia. Semoga Allah merahmati kita semua.

Semoga artikel ini bermanfaat. Wallahua’lam.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.