Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

AF6: Rahsia Saida Tarudin akhirnya terbongkar

Posted on March 31, 2008
Filed Under AF |



KL: Selepas pelajar-pelajar Akademi Fantasia 6
(AF6) diperkenalkan kepada penonton dalam konsert pertama minggu lepas,
maka barulah personaliti mereka mula dikenali oleh peminat dan pengundi.

Bagaimanapun, kemampuan mereka itu belum lagi 100 peratus kerana
lebih banyak penonton akan lihat dan ketahui menerusi laporan diari
harian dan juga Konsert Mingguan setiap Sabtu di Astro Ria.

Kali
ini Murai Batu hendak memaklumkan satu khabar yang Murai Batu dengar.
Ia tentang satu rahsia sensasi mengenai salah seorang pelajar AF6, Nor
Saida Tarudin, 32, yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza.

“Penyakit ini selalu menimpa Saida terutama sepanjang dia membuat
latihan di dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat
apabila Saida muncul di pentas dan menyanyi secara live. Mereka bimbang
kalau-kalau dia terlupa terlupa lirik apabila lemah semangat dan
terlalu gementar berdepan penonton dan pengkritik,” kata satu sumber.

Khabar ini adalah mengenai satu penyakit yang
dialami oleh Saida yang sebenarnya merisaukan dirinya sendiri dan orang
lain di sekeliling. Pada awalnya, Murai Batu hanya dengar-dengar
rahsia daripada orang lain tetapi selepas diimaklumkan oleh mereka yang
rapat dengannya, maka mulalah kita pun turut risau.

Rileks dulu,
korang janganlah panik pula. Sebenarnya penyakit yang dialami Saida itu
tidak ada kena mengena dengan penyakit kronik seperti stroke, darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Sebaliknya, ia adalah penyakit gugup dan gementar Saida yang boleh membuatkan dia mudah terlupa lirik lagu dengan tiba-tiba!

“Penyakit
ini selalu menimpa Saida terutama sepanjang dia membuat latihan di
dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat apabila Saida
muncul di pentas dan menyanyi secara live. Mereka bimbang kalau-kalau
dia terlupa terlupa lirik apabila lemah semangat dan terlalu gementar
berdepan penonton dan pengkritik,” kata satu sumber.

Dalam hal
ini, Murai Batu berharap cikgu-cikgu di AF6 akan cuba membantu Saida
mengatasi masalah ini dan menambahkan rasa keyakinan terhadap diri
sendirinya.

Murai Batu cukup faham tekanan psikologi yang
sedang dialami oleh Saida itu kerana aura Datuk Siti terlalu membayangi
dirinya. Semua orang mengharapkan keajaiban segera berlaku pada Saida
seperti mana Datuk Siti, walhal mereka berdua tidak sama malah
berlainan karektor.

Dengan erti kata lain, Saida sedang berperang
dengan rasa inferiority complex (rendah diri, malu, segan, tidak
yakin) agar dapat menempuh setiap konsert dengan tabah dan menonjolkan
imejnya yang tersendiri.

Moral dalam gosip ini, menjadi kakak
atau adik kepada Datuk Siti Nurhaliza bukan berrmakna mereka juga boleh
dan perlu menyanyi seperti penghibur terkemuka itu. Masing-masing ada
kelemahan dan kelebihan tertentu. Terimalah Saida seadanya…

sumber : murai.com.my dan klpos

Artikel berkaitan

Comments

2 Responses to “AF6: Rahsia Saida Tarudin akhirnya terbongkar”

  1. ziana salmi on April 3rd, 2008 1:48 am

    akak dapat rasa apa tekanan paling dahsyat bergelodak dlm hati saida.Sememangnya inilah dugaaan besar mencabar personaliti bernama SAIDA. Akak tau dia berbakat tapi dia harus berfikiran positif dan buktikan pada semua orang bahwa SAIDA berbakat dan berkeyakinan tinggi. Peduli apa org kata. Perit sekarang bukan bererti selamanya. Pada family SAIDA, teruskan beri sokongan kerna inilah masa kekuatan serta ikatan family, PERLU. Undi utk SAIDA berterusan, PEDULI KAN CAKAP ORANG.

  2. syafikah on April 30th, 2008 8:48 am

    akak saida,kiter mnt akk…….so,akk add la kiter kt yahoo kiter…
    fikariz_cute@yahoo.com
    dan,ni no kiter(017-9422530)
    plezzzzzzzzzzzz……….
    kiter x pnh x undi akk mser dlm af….
    akk dh kuar pown,kiter maen undi jer….
    kiter x penah undi org laen pown…….
    suspen kiter biler dgr akk ader pnykt…..
    rpe2nyer,pnykt tkt dan gugup….
    kiter nanges taw mser akk saida t`kuar……
    dorang x adil taw…
    pttnyer,mama rina yg kuar……..!!!!!!!!!!
    call biler free…..
    add bile ader maser…..
    muahhhhhhhhhhh………
    u so cute……..

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.