
LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.
Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.
Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.
Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini
hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130
paun (RM845).
Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan
menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya
kaya-raya ketika ini.
Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya
untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos
rendahnya.
“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam
pertama?†tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan
telanjang bulat.
Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.
Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu
mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan
menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11
pagi hingga 8 malam.
Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.
Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius
menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia,
sebagai amat memilukan.
“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh
meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya.
Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,†katanya.
Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah
tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia
bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda
yang berprestij.
Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu
bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman
penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi
mereka tuisyen matematik.
Sebenarnya, Farooq yang menjadi
segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus
matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya
memasuki Oxford pada usia 12 tahun.
Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.
Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.
Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan
besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun,
selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.
Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.
Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.
Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak
dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15
tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.â€
Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.
Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana
terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta).
Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani
pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun
(RM650,000).
Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah
kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam
Ijazah Sarjana Matematik.
Tetapi dia lebih pentingkan untuk
menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan
dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.
Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.
Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.
Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.
Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.
Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan
di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit
dan baju-T.
Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.
Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki
berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas
air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan
gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.
Sufiah kemudian
melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu
wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral
tanpa perlindungan.
Selepas wartawan itu memberikan alasannya,
Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar
untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus
separuh masa selama dua tahun di London.
Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.
Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan
mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari
sebelum itu.
Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.
Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.
Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta
pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan
berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada
paha pelajar berkenaan.
Peguam Farooq, Tim Hannam berkata:
“Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan
untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang
diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya
sudah musnah.â€
Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.
Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.
“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika
ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik
daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan
pada dirinya,†katanya.
sumber: Harian metro