Archive for January, 2008

Tanah untuk jasad Adam


Free Web Hosting with Website Builder

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha’if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah , wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Posted on Thursday, January 31st, 2008
Under: Agama | No Comments »

Tercekik dan cara mengatasinya

Free Web Hosting with Website Builder

JIKA diteliti, kehidupan bayi dan kanak-kanak juga ada banyak cabaran. Mereka terdedah kepada banyak keadaan berbahaya dan kadangkala kemalangan kecil boleh memberikan komplikasi sehingga meragut nyawa.

Contohnya seperti berlaku kepada adik Muhammad Hazim Iqwan Haszreiman, enam bulan, yang meninggal dunia akibat lemas tertindih bantal ketika tidur, dan Samiun Ahmad, 8, dari Jitra, yang pergi selama-lamanya selepas sesak nafas apabila tercekik ikan puyu.

Kes kanak-kanak tercekik sebenarnya bukan perkara asing. Malah, boleh dikatakan semua ibu bapa pernah mengalami masalah anak tercekik kerana lumrah bayi memang suka memasukkan apa saja barang yang dipegangnya ke dalam mulut.

Kebanyakan kemalangan di rumah boleh dielakkan, tetapi adakalanya kita tetap terlepas pandang sesetengah perkara.

Justeru, ibu bapa dan ahli keluarga perlu belajar sedikit sebanyak teknik pertolongan kecemasan supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Pun begitu, bukan bayi saja yang mengalami masalah tercekik kerana ia turut dihadapi orang dewasa.

Sebagai persediaan, langkah di bawah diharap dapat dijadikan panduan.

A. Bayi (Umur kurang daripada setahun)

Tanda-tanda tercekik:

  • Bayi sukar bernafas.
  • Muka dan leher menjadi merah.
  • Bayi mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap.

    Bantuan kecemasan:

    1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.

    2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.

    3. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).

    4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.

    5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).

    6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.

    B. Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun)

    Tanda tercekik:

  • Sesak nafas.
  • Susah bercakap.
  • Batuk.
  • Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya).

    Bantuan kecemasan:

    1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk.

    2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya.

    3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.

    4. Tarik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah 5.

    5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, hubungi ambulans.

    C. Orang dewasa

    Bantuan kecemasan:

    1. Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.

    2. Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya lima kali.

    3. Jika mangsa masih tercekik, berdiri di belakang mangsa. Letakkan tangan anda di bahagian ulu hati mangsa (seperti memeluk dari belakang) dan tarik tangan anda ke atas. Ulang lima kali.

    Ulang semua langkah sehingga objek dapat dikeluarkan. Jika keadaan masih tidak berubah, segera hubungi ambulans.

  • Posted on Thursday, January 31st, 2008
    Under: tips | No Comments »

    Jenis darah dan kaitannya dengan sikap anda

    Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.

    Kumpulan Darah O:

    Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.

    Kumpulan Darah A:

    Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

    Kumpulan Darah B:

    Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.

    Kumpulan Darah AB:

    Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.


    Free Web Hosting with Website Builder

    Posted on Thursday, January 31st, 2008
    Under: umum | No Comments »

    Driver bodoh…

    Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos
    sorang ni berkata, “Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa
    bodoh.
    Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia”. Dia memanggil driver dia
    dan
    berkata,”Ah Beng… awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan
    saya
    Porche 911 Turbo”. Ah Beng jawab,”Yes sir! Orait!!” dan terus bergegas
    ke
    showroom kereta.

    Bos yg satu lagi pulak berkata,”Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver
    lagi
    bodoh. Leman!, meh sini kejap!!”. Leman berlari ke bosnya. “Apahal
    tuan?”.

    Bosnya berkata, “Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di
    rumah
    atau tidak”. Leman jawab, “Orait tuan!!”, lalu bergegas balik ke rumah
    bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, “Tengok! Si Leman ni mmg
    bengap
    nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg
    saya
    ni ada di rumah ke tidak. Hahaha…”.

    Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,”Lu tau
    ka,
    gua punya bos aa… maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh
    ringgit
    suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai
    bukak?”.

    Si Leman balas balik, “Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh
    aku
    check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau
    nak
    tau sangat. Bengap betul”.

    Posted on Thursday, January 31st, 2008
    Under: cerita lawak | No Comments »

    Loloq meninggal dunia

    30 Jan, Lagi satu berita menyedihkan. Penulis lirik yang sangat berbakat dan diakui oleh M.Nasir dengan liriknya yang puitis,Rosli Khamis (50 tahun) atau lebih dikenali dengan Loloq, juga telah meninggalkan dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.

    Loloq, penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak. Kita kehilangan penulis lirik yang matang dan tidak terlalu jiwang-jiwang tetapi dengan liriknya yang mempunyai maksud tersendiri dan mendalam.

    Posted on Wednesday, January 30th, 2008
    Under: isu semasa | No Comments »