Archive for April, 2007

Pastikan PC anda selamat




Salam,

Dalam dunia teknologi sekarang ini pelbagai ancaman datang dan paling tidak kita gemari ialah ancaman terhadap tahap keselamatan komputer.Bermacam-macam variant virus,spyware,malware dicipta.Walaupun kita sudah memasang pelabgai perisian antivirus,spyware dan firewall kita haruslah memastikan perisian itu sentiasa dikemaskini sentiasa.

Anda boleh cuba perisian terbaru daripada grisof. Perisian ini diberi nama AVG Anti-Root Kit.Perisian ini bertindak mengesan root kit yang berada didalam komputer kita seperti keylogger.
“AVG Anti-Rootkit is a powerful tool with state-of-the-art technology for detection and removal of rootkits. Rootkits are used to hide the presence of a malicious object like trojans or keyloggers on your computer. If a threat uses rootkit technology to hide itself it is very hard to find the malware on your PC. AVG Anti-Rootkit gives you the power to find and delete the rootkit and to uncover the threat the rootkit is hiding.”

Dapatkan segera disini secara percuma

Posted on Sunday, April 29th, 2007
Under: Komputer | 1 Comment »

Hosting terhebat daripada al Hafiz



Berita baik untuk anda yang ingin hosting yang besar untuk perniagaan internet anda atau jika anda berminat untuk berniaga hosting.Kini pakej menarik telah disediakan untuk anda oleh saudara al-hafiz(peng-u) dengan pakej terbaru yang lebih power dan menarik.

Perincian packagenya dibawah ini

  • 15Gb Web Hosting Space (15000 megabytes)
  • 200Gb Data Transfer (Bandwidth) Permonth
  • Unlimited Domain/Hosting Account
  • 2 Shared Anonymous DNS
  • 100% Private Level
  • FREE Domain Reseller Account

RM100 / USD28 Monthly

atau jika tidak mahu pakej reseller anda boleh dapatkan pakej hosting biasa

  • 2Gb Web Hosting Space (2000 megabytes)
  • 20Gb Data Transfer (Bandwidth) Permonth
  • Up to 20 Add On Domain
  • Unlimited mySQL Database
  • Unlimited Subdomain
  • Unlimited Email Account

RM100 / USD28 Annually

dapatkan disini segera

Posted on Monday, April 23rd, 2007
Under: Hosting dan domain | No Comments »

Fatwa: Merokok adalah haram

FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1.  Rokok menjejaskan akal (mental)

2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4.  Rokok membahayakan keturunan

5.  Rokok mengganggu manusia lain.

6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk

7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup

8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9.  Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)




Posted on Thursday, April 12th, 2007
Under: online biz | 5 Comments »

Menyimpan janggut!!!

Dalam satu hadis, potonglah misai dan panjangkan janggut. Panjangkan janggut kadar segempal (segenggam). Bezakan dari janggut Quraisy. Ulama dahulu suruh potong misai. Ulama terkemudian kata boleh juga dicukur misai.

Saintis kata orang yang bermisai cium seseorang boleh menjejaskan umurnya. Makruh simpan misai di negara Islam. Sayyidina Umar r.a. simpan misai kerana dia selalu didatangi pembesar kafir (untuk mengerunkan mereka). Nabi s.a.w. memotong misai sahabat yang melebihi bibir mulut. Haram menyimpan misai menutupi bibir mulut kerana ia boleh mengotorkan makanan, minuman dan menyerupai sami Hindu. Apapun Nabi Muhammad s.a.w tidak suka pada misai.

Dari segi fesyen rambut, Nabi s.a.w. menyimpan semua rambutnya atau mencukur semuanya. 3 kali sahaja Nabi cukur. 3 cara Nabi menyimpan rambut:-

  1. Paras cuping teling (Wafra). Potong straight di paras cuping telinga.
  2. Paras tengkok / leher (Limma)
  3. Paras tulang belikat (Jumma)

Hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Cara menghormati rambut ialah dengan meletakkan minyak rambut, sikat rambut.

Sunnah-sunnah seperti di atas adalah sunnah nabi bukannya sunnah Arab. Jikalau budaya Arab sekalipun lebih baik diikuti daripada budaya Kafir. Dalam beberapa hadis:-

- Hendaklah kamu sayangi Arab kerana 3 sebab, kerana Aku (Nabi Muhammad) adalah bangsa Arab, Quran dan percakapan dalam Syurga adalah dalam bahasa Arab. Ajarlah anak-anak kamu menyayangi Arab.

- Wahai Salman (orang Iran- Salman Al-Farisi), kamu boleh terkeluar dari Islam kalau kamu benci Arab.

Kalau sunnah-sunah itu tidak betul, Allah sudah pasti akan menegurnya, melalui Malaikat Jibril.

Posted on Wednesday, April 11th, 2007
Under: online biz | 2 Comments »

Kuasa dan daya tarik

Salam, Tahukah anda manusia ini mempunyai kuasa dan daya tarik yang tersendiri.Selalunya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang baru kita kenali.Kita sungguh suka kepada orang tersebut walaupun belum mengenalinya.Tetapi sebaliknya adakala kita apabila berjumpa seseorang itu pertama kali kita sudah menyampah melihatnya walaupun kita belum bercakapnya dengannya.Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku.Mudah sahaja kalau dalam bahasa moden,ini disebabkan aura kita tidak kuat dan berseri-seri.Apakah yang menyebabkan aura kita kurang menarik.Salah satu faktornya kita mengalami tekanan dan beban kerja.Ini menjadi aura menjadi busuk.Hati kita tidak ikhlas dan sentiasa berprasangka buruk terhadap orang.Kita kurang berlapang dada dan kurang menyampaikan senyuman.

Dan yang paling penting sekali ialah kita penuh dengan perasaan hasad dengki.Perkara-perkara ini telah menyebabkan kita mempunyai aura dan daya tarik yang tidak baik dan menarik.Mengikut Islam,ketenangan boleh dicapai apabila kita mengerjakan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah S.W.T. Berapa daripada anda rajin berzikir dan menunai solat.Mari kita muhasabah diri kita.Berapakah ramai yang sanggup pergi solat berjemaah.Kerana mengikut kajian sains solat berjemaah boleh membuang cas negatif dan aura yang buruk yang berada didalam tubuh fizikal kita.Apabila seseorang itu bersentuhan anggota dengan ahli jemaah yang lain.

Trend masyarakat ini lebih terpengaruh dengan unsur kehinduan seperti Yoga,Meditasi dan terbaru adalah Reiki yang berunsur ajaran Buddha. Sedangkan Islam telah menyediakan jalan yang cukup mudah.Berzikir nescaya hati akan menjadi tenang.Oleh itu dalam dunia yang serba mencabar ini marilah kita susun barisan dan rapat saf dan kembali kepada sunatullah.Nescaya kita akan beroleh kejayaan.

Posted on Tuesday, April 10th, 2007
Under: isu semasa | 1 Comment »